7 Mac 2019

Masalah Kesihatan Paling Serius Di Alami Wanita Umur 40-an

Masalah Kesihatan Paling Serius Di Alami Wanita Umur 40-an
Masalah Kesihatan Paling Serius Di Alami Wanita Umur 40-an
Masalah Kesihatan Paling Serius Di Alami Wanita Umur 40-an | Seiring usia, bertambah pelbagai masalah kesihatan. Fungsi beberapa organ tubuh juga akan menurun.

Antara masalah kesihatan yang kerap menyerang wanita 40-an;

1. Kerapuhan tulang
Osteoporosis atau kerapuhan tulang ini sering dialami oleh mereka yang sudah berusia. Ia terjadi kerana tulang menjadi rapuh akibat penurunan kepadatan tulang. Osteoporosis ini sering dialami kaum wanita dibandingkan kaum lelaki. Bahkan wanita juga cenderung kehilangan kalsium daripada tubuh mereka dengan mudah.

2. Arthritis
Arthritis atau radang sendi merupakan penyakit yang menyerang tulang selain osteoporosis. Athritis boleh mempengaruhi tulang belakang, pergelangan tangan, lutut, pinggang dan jari.

Baca Juga : Bolehkah asid lemak ikan mengatasi arthritis (sakit sendi)?

3. Gangguan Penglihatan
Penglihatan wanita 40-an mula berkurangan, dan anda harus membuat pemeriksaan mata. Glukoma juga merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan. Glukoma dapat menyebabkan kerosakan saraf optik pada mata.

4. Tiroid
Orang yang letih, bertambah berat badannya, rambut rosak dan kulit kehilangan kesegarannya, disarankan membuat pemeriksaan tiroid. Pemeriksaan kelenjar di leher ini membantu mengawal tahap energi dan mengatur hormon.

5. Fungsi Kognitif Menurun
Daya ingat wanita 40-an mula menurun sedikit demi sedikit. Apabila seseorang mengalami keadaan ini biasanya dia akan mengalami kebingungan pada ketika melakukan sesuatu.

6. Gangguan Emosi
Bukan hanya gangguan fizikal sahaja yang membayangi kehidupan wanita 40-an. Namun, masalah kesihatan ini juga saling berkait dengan mental. Bahkan, wanita 40-an mempunyai masalah tidur yang lebih teruk berbanding lelaki. Tidur yang tidak berkualiti juga akan menambah risiko hipertensi pada wanita sehingga dua kali ganda.

KETAHUI 5 Suplemen Terbaik Untuk Wanita Dewasa 30an 40an 50an Malaysia

Pengambilan suplemen yang disyorkan untuk wanita adalah

GLA Complex
GLA Complex, diekstrak dari Borage seed oil yang mempunyai 2 kali ganda Asid Gamma Linolenik berbanding EPO. GLA Complex untuk sumber omega-6, dengan vitamin E yang baik untuk regulasi hormon dan kulit yang sihat. Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.

OsteMatrix
Ostematrix untuk sumber kalsium dan magnesium bagi tulang. Membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Penggunaan hanya dua caplets dari Ostematrix meningkatkan tahap kalsium darah untuk 12 jam.

Multivitamin Vitalea
Sumber zat besi. Memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. VitaLea mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang. Kelebihan tablet Vitalea mengandungi sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca. Diharapkan setiap wanita mengambil berat masalah kesihatan tubuh badan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami sedia membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. kita pun amalkan shaklee jugak..tapi tak semua la...

    BalasPadam
  2. risaunya da nak semakin dekat umur 40 ni...huhuhuhu..jom jaga kesihatan sama2

    BalasPadam
  3. Lagi 7 tahun nak masuk 40-an ni..uish..risau

    BalasPadam