13 Dis 2018

Punca, cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak

Punca, cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak
Punca, cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak
Punca, cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak | Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka adalah untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk.

Kebanyakan kita selalu mengeluh kerana mempunyai masalah kulit berminyak. Masalah kulit berminyak ini timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi apa yang diperlukan.

Apabila kulit muka berminyak ia akan menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan mula terhasil di muka anda seterusnya menjadikan anda kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Tapi sudah pasti ramai yang tidak tahu punca kulit muka jadi berminyak dan cara untuk mencegah dan mengatasinya.

Punca kulit muka berminyak

1. Pemakanan
Kulit muka berminyak kerana pengambilan makanan berminyak dan berlemak.

2. Kosmetik
Menggunakan barangan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit muka.

3. Genetik
Ada sebahagian daripada kita yang memang dilahirkan dengan kulit muka berminyak.

4. Hormon
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit muka terutamanya kepada perempuan semasa datang haid.

5. Tekanan
Mengakibatkan ketidakseimbangan hormon sekaligus menyebabkan kulit muka berminyak.

6. Tempat bekerja
Tempat kerja yang panas atau terbuka akan mengakibatkan kulit muka berminyak. Minyak dikeluarkan daripada kulit muka adalah untuk melindungi muka daripada habuk dan kepanasan.

Cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak.

1. Makanan
Makan makanan yang seimbang. Ia penting untuk menjaga kulit muka kita. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan vitamin seimbang kepada kulit muka.

2. Cuci muka
Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka dan amalkan basuh muda dengan air yang bersih.

SILA BACA Pencuci muka tumbuhan botani untuk kulit muka berminyak

3. Tisu minyak
Jika bekerja di kawasan yang panas, jangan lupa menggunakan tisu minyak untuk mengelap minyak yang berlebihan.

4. Masker
Penggunaan masker dari bahan semulajadi dapat membantu mengurangkan masalah kulit muka berminyak.

Semoga dengan perkongsian ini membolehkan para pembaca mengetahui mengenai punca kulit muka berminyak, cara mencegah dan merawat kulit muka berminyak.

Sumber Astro Awani

Ingin dapatkan produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan