8.11.18

Minyak Ikan Bantu Turun Berat Badan Obesiti Akibat Fast Food

Minyak Ikan Omega Guard Bantu Turun Berat Badan Obesiti Akibat Fast Food
Minyak Ikan Omega Guard Bantu Turun Berat Badan Obesiti Akibat Fast Food

Minyak Ikan Untuk Masalah Obesiti | Sukar untuk mengatasi godaan makanan ringan? Ada baiknya jika anda mula mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan.

Makanan ringan perlu dielakkan kerana mengandungi kalori yang tinggi dan menyebabkan berat badan berlebihan.

Penyelidik Universiti Liverpool melakukan kajian terhadap minyak ikan sumber asid omega-3 dalam mengurangkan kesan pengambilan makanan ringan. Mereka men­dapati pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan juga boleh mencegah seseorang daripada menghidap masalah obesiti atau kegemukan melampau.

Menurut Ketua Penyelidik dari Institut Penuaan dan Penyakit Kronik di Universiti Liverpool, Dr. Lucy Pickavance, berat badan dipengaruhi oleh banyak faktor.

Salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi pertambahan berat badan adalah kerana pengambilan makanan.

Pengambilan makronutrien yang berlebihan, gula pasir dan lemak tepu yang terdapat dalam makanan ringan menyebabkan peningkatan berat badan, mengganggu kadar metabolisme selain memberi kesan ke atas otak.

Perubahan itu dapat dilihat pada struktur otak, termasuk kemampuan untuk melakukan proses pembentukan sel saraf yang baharu. Ia menyebabkan obesiti dan mempunyai kaitan dengan kehilangan fungsi saraf.

Minyak ikan mungkin menghalang kesan-kesan buruk yang berlaku di dalam otak akibat pengambilan diet yang mempunyai kandungan lemak tinggi. Pengambilan diet yang mempunyai minyak ikan atau makanan tambahan ikan merupakan langkah yang positif ke arah untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Tabiat pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan seperti ikan kembung, salmon dan pilchards juga mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Pengambilan hidangan mengandungi minyak ikan dua kali seminggu mampu mening­katkan ketahanan tubuh.

Kebaikan minyak ikan yang mengandungi lemak omega-3, asid hydroxyoleic dan asid oleik mampu mencegah serangan bakteria dan virus terhadap tubuh seseorang.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat mendapati, kandungan lemak omega-3 yang boleh diperoleh pada ikan tuna, salmon dan trout boleh menghalang pertumbuhan tumor sekaligus mengelakkan serangan kanser.

Mencari minyak ikan Omega Guard keluaran Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by rawpixel on Unsplash