16.10.18

9 Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata | No.4 Cara Paling Mudah

Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata
Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata
Bagi wanita yang meningkat usia, kedut bawah mata adalah salah satu tanda penuaan yang sering diatasi. Berikut antara cara untuk menghilangkan kedut bawah mata.

1 : Jauhi Sinaran Matahari
Sinaran matahari adalah penyebab nombor satu yang menyumbang kepada kedutan.

2 : Pakai Sunscreen!
Digalakkan memakai sunscreen yang sesuai bagi mengurangkan kesan sinaran matahari kepada kulit.
Baca 3 in 1 (Moisturizer + Sunscreen + Sunblock) Youth Skincare

3 : Amalkan “Grape Seed Oil”
Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembabkan kulit, terutamanya untuk kulit di sekeliling mata. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata.
Baca Juga 3 Bonus Vita-E + Grape Seed

4 : Tidur yang Mencukupi
Hormon kortisol yang memusnahkan sel kulit akan lebih banyak dihasilkan oleh badan sekiranya badan tidak dapat tidur yang mencukupi. Sel kulit yang musnah akan lebih mudah berkedut, jadi tidurlah secukupnya.

5 : Makan Lebih Soya
Amalan pemakanan soya boleh membantu mengurangkan kesan matahari kepada kedutan wajah. Pengambilan soya selama sekurang-kurangnya 6 bulan membantu memperbaiki tekstur kulit dan kedutan.
Baca Sini Soya ESP anti-kedutan

6 : Berhenti Merokok!
Kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok mengurangkan keanjalan kulit, menyebabkan kedut lebih mudah timbul.

7 : Pastikan Kawasan Bawah Mata Sentiasa Lembap
Sama ada gunakan moisturizer dengan teknik sapuan yang betul, atau sekali sekala gunakan terapi timun. Timun akan memberikan efek penyejukan kepada mata dan menyebabkan kedutan akan kurang kelihatan, dan mata akan nampak segar tanpa sembab.

8 : Putih telur sebagai masker
Sapuan sedikit putih telur sebagai masker di kawasan bawah mata boleh membantu menghilangkan kedutan.

9 : Jangan terlalu lama menghadap skrin gajet
Mata menjadi letih dan menyebabkan kedutan. Rehat selepas 30 – 60 minit dengan memandang kehijauan atau memejamkan mata seketika.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.

Nak Shaklee?
Boleh hubungi kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by rawpixel on Unsplash