27.10.18

6 Cara Toksin Berlebihan Dalam Badan Dan Kepentingan Detoks

Kepentingan detoks
Secara normal, setiap hari badan akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan berfungsi secara normal.

Dari mana datang toksin?

Toksin datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan sendiri. Toksin masuk ke dalam badan melalui pelbagai cara seperti :

UDARA : mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan

MAKANAN/ MINUMAN : yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.

UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.

RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro

MAKANAN TIDAK HADAM : tertinggal dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam

DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.

Gaya hidup kini yang kurang menyihatkan membuatkan tubuh perlu menjalani rutin detoks. Pemakanan tidak terkawal dan penggunaan bahan penjagaan diri boleh menyebabkan kemasukan toksin dalam tubuh.

Detoks bukan hanya untuk perlangsingan malah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Mengikut statistik, sebanyak 70 - 80% penyakit datangnya daripada masalah usus.

Tujuan menjalani detoks adalah untuk membaiki dan memulihkan keseimbangan serta keharmonian kesihatan.

Detoks merupakan proses menyingkirkan bahan kimia berbahaya daripada badan. Proses ini berlaku secara semulajadi setiap hari pada hati, buah pinggang, kulit dan usus.

Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang badan kerana buah pinggang terletak di bahagian tersebut. Orang bersenam yang berpeluh mengalami detoks pada kulit.

Buang air besar dan air kecil adalah detoks pada tubuh. Buang air kecil merupakan proses detoks semulajadi yang berlaku pada buah pinggang manakala buang air besar berlaku pada usus.

Kami harap entri ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih tepat tujuan menjalankan proses detoks.

Nak Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Jakub Kriz on Unsplash