17.10.18

6 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda

Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda
Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda
Saat menatap wajah di cermin, ternampak mata sembab! Pastinya gara-gara tidak cukup tidur. Jangan risau. Mata yang sembab boleh di atasi dengan cara yang mudah.

Antara ciri-ciri mata sembab:

i. Bluish Dark Circle
Kebiasaanya, pada individu yang berkulit putih merah (cool undertone). Contohnya: Orang Cina/Caucasian

ii. Brownish Dark Circle
Terjadi pada mereka yang berkulit putih kuning dan kulit paling gelap (warm undertone). Contohnya: Orang Melayu dan India.

Beberapa teknik solekan yang boleh dicuba.

1. Sebelum mengenakan solekan, kedapkan kawasan mata menggunakan uncang teh yang telah disejukkan terlebih dahulu (selama 8 minit).

Pada masa yang sama, berbaringlah dengan bahagian kepala ditinggikan sedikit (menggunakan bantal yang tinggi). Ini membantu lebihan bendalir di sekitar mata mengalir dengan lebih cepat. Selepas itu, alihkan uncang teh tersebut dan cuci wajah.

2. Kemudian, sapukan krim pelembap di wajah.
Pilihlah produk dengan kandungan yang tidak mudah yang berfungsi meredakan kerengsangan mata sembab.

3. Jangan lupa sapukan gel mata di sekitar bawah mata dan pada kelopak mata.
Biarkan ia selama 5 minit agar ia menyerap sepenuhnya pada sekitar mata.

Baca Juga : Krim Eye Treatment Youth

4. Penggunaan ‘concealer’ bertujuan untuk menutup sembab mata sebelum menggunakan bedak asas.
Sapuan ‘concealer’ tidak boleh terlalu tebal untuk menutup sembab mata kerana ia akan menjadi tompokan berkerut. Pilih ‘concealer’ yang sama warna dengan bedak asas agar kelihatan semulajadi. Kemudian, gunakan bedak asas hanya pada sudut dalam dan luar mata.

5. Gunakan berus yang lebih kecil untuk menyapu pembayang mata yang sama betul-betul di garisan bawah mata.
Setelah itu, barulah sapukan pembayang mata daripada rona senada dengan kelopak mata menggunakan berus.

6. Tidak perlu menggunakan eyeliner kerana ia hanya akan membuatkan mata sembab kelihatan lebih ketara. Gunakan pelentik bulu mata dan sapukan maskara hitam.

Dah terbongkar rahsia cara nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Diharap para pembaca mendapat manfaat daripada entri ini.

Nak order Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Andre Guerra on Unsplash