28.10.18

5 tanda kenapa tubuh badan perlu detoks | no. 4 wajib ada

Tanda tubuh perlu detoks
Tanda tubuh perlu detoks
Tubuh memiliki kemampuan untuk detoks. Tapi ada kalanya kita juga perlu membantu organ dalaman seperti ginjal dan hati mengeluarkan timbunan racun dalam tubuh.

Berikut 5 tanda tubuh perlu segera di detoks

1. Berat badan naik

Tak pernah makan berlebihan tapi berat badan naik? Banyak racun yang bersifat lipofilik ada di lemak tubuh. Racun lipofilik mengandungi pestisida dan dioksida yang boleh membuat tubuh menghasilkan lebih banyak sel lemak. Akibatnya sukar untuk menurunkan berat badan apabila racun ini tidak segera dikeluarkan dari tubuh.

2. Asyik letih

Tidur cukup tapi masih merasa letih? Ketika tubuh mempunyai banyak racun akan memberikan tekanan kepada kelenjar adrenal. Penompokan racun yang dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan kelesuan adrenal yang membuat tubuh jadi terus letih dan mengantuk. Minuman berkafein memburukkan kerana kafein mengganggu fungsi adrenal yang seharusnya bekerja untuk mengeluarkan racun tetapi dipaksa untuk terus terjaga.

3. Insomnia

Kortisol adalah hormon yang dikeluarkan tubuh (khususnya pada malam hari) untuk meredakan stress. Orang sihat mempunyai kadar kortisol yang tinggi di pagi hari dan menurun seiring aktiviti sepanjang hari. Kadar kortisol tak seimbang akan meningkat pada malam hari dan menyebabkan insomnia yang menganggu kesihatan seperti penyakit jantung.

4. Sakit kepala tanpa sebab

Tubuh yang tinggi racun akan sering merasa pening atau sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi MSG, pengawet, pewarna, dan pemanis tiruan boleh menjadi salah satu penyebab sakit kepala yang berpanjangan.

5. Mood swing

Mood swing adalah akibat ketidakseimbangan kadar hormon dalam tubuh. Racun seperti xenoestrogens (estrogen asing) boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Xenoestrogens biasanya ditemui pada bahan-bahan industri seperti BPA, PCBm dan phthalate. Menghadkan penggunaan plastik boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah penompokan racun ini di dalam tubuh.

Bau badan, sembelit, sakit otot dan munculnya masalah kulit juga termasuk tanda tubuh perlu di detoks.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita bagi melancarkan proses pengeluaran racun dari dalam tubuh.

Nak produk Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Jonny Caspari on Unsplash