Set Shaklee Kitar Haid Tidak Teratur dan Testimoni

Masalah hormon dan kitaran haid tidak teratur boleh dibantu dengan GLA Complex dan ESP Shaklee


GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA merupakan salah satu asid lemak Omega-6 yang bersifat antiradang. Walaupun bukti saintifik menunjukkan GLA boleh membantu dalam sindrom PMS dan menopause adalah lemah, namun ramai yang mengakui bahawa GLA membantu mengurangkan sakit payudara ketika haid.

Oleh sebab itu, GLA tetap menjadi pilihan wanita untuk memelihara kesihatan sistem pembiakan, terutama sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid lemak Omega-6 berfungsi membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses yang menyebabkan keradangan. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

Antara Kelebihan lain GLA Complex ialah:
  • Membantu mengawal dan mengatur hormon yang terlibat dalam kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani simptom menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan kesakitan akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding salur darah
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan darah beku dalam salur darah yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Mampu mengecutkan cyst

ESP yang berasaskan soya adalah memang menjadi kontroversi sejak zaman-berzaman. Oleh kerana soya kaya dengan isoflavon yang berfungsi seperti hormon wanita, ada yang berpendapat soya boleh menyebabkan penyakit seperti fibroid, kanser rahim dan kanser payudara. Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan tindakan isoflavon adalah lebih lemah berbanding hormon wanita sendiri. Namun, bagi wanita yang mempunyai risiko untuk mendapat penyakit-penyakit diatas, atau pun memang menderita penyakit diatas, mungkin suplemen berasaskan soya tidak sesuai untuk anda.

Isoflavon juga membantu dalam menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

ESP merupakan supplimen berasaskan soya Non-GMO, berbeza dengan soya yang biasa terdapat di pasaran. Soya secara semulajadi mengandungi PhytoEstrogen iaitu sejenis bahan yang sangat menyerupai hormon Estrogen tetapi ianya diasakan dari tumbuhan.

Jadi amalan meminum ESP setiap hari akan membantu mengekalkan paras Estrogen dalam badan dengan menjadikan PhytoEstrogen sebagai mock-up hormon yang hilang dalam kitaran haid bulanan.

Maka, apabila paras hormon stabil, insyaAllah kitaran haid akan stabil. Satu lagi perkongsian dari pengalaman saya sendiri sejak consume ESP ni. Sebelum period menjadi kebiasaan bila jerawat keluar sebiji dua. Orang kata jerawat pra-haid ye hihi~ Selepas konsisten dengan ESP, menjadi luar biasa bila tiada lagi jerawat pra-haid.