19.10.18

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata | No.2 Sering Dibuat

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata
8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata
8 Kesalahan Ketika Bersihkan Mekap Mata | Mencuci eye makeup harus dibuat dengan cara yang betul. Rekahan boleh berlaku di sekeliling kulit mata kerana ianya paling nipis dan perlu dijaga dengan rapi.

8 Kesalahan Ketika Bersihkan Solekan Mata

1. Menggosok terlalu kasar. Akibatnya kemerahan dan rasa gatal yang boleh menyebabkan pengelupasan dan kekeringan pada jangka masa yang lama.

Untuk mencuci mekap dengan mudah dan cepat tanpa rasa sakit, rendamkan kapas dengan dual-phase (hybrid water and oil) eye-makeup remover kemudian lapkan secara lembut di atas mata. Minyak tersebut membantu untuk menanggalkan solekan dan membantu menghilangkan mekap daripada kulit serta bulu mata.

2. Menggunakan pencuci wajah biasa pada mata. Pencuci wajah yang klasik yang berbuih dengan banyak boleh menyebabkan kekeringan pada kulit, apatah lagi pada mata. Sabun yang berlebihan di bahagian mata adalah tidak disarankan. Cuba cari eye makeup wipes yang lembut dan melembapkan.

BACA Pencuci wajah 3 in 1

3. Menggunakan kapas dengan cara yang salah. Sapu garis mata dengan lembut dari inner corner mata dan keluar.

4. Tidak membersihkan muka setelah menanggalkan solekan mata. Cuci wajah selepas menanggalkan eye makeup.

5. Menggunakan bahagian kapas yang sama berulang kali. Gunakan kapas sepenuhnya untuk menyapu bahagian mata. Jika makeup masih ada, lipatkan kapas itu kepada setengah dan kemudian suku. Gunakan kedua-dua bahagian yang bersih.

6. Menggunakan bahagian kapas yang kotor pada malam seterusnya. Kapas itu boleh meresap bakteria melalui bahagian yang sebelahnya. Demi menjaga kecantikan, sentiasa mulakan dengan kebersihan.

7. Bukan sehingga bahagian kening. Kebiasaannya, eye pencils adalah diperbuat dari wax, jadi formulanya selalu melekat ke dalam bulu kening dan susah untuk ditanggalkan. Untuk menanggalkan kesemuanya sekali, eye makeup remover yang mempunyai oil and water-based diperlukan.

8. Menggunakan face scrub di bahagian mata. Apa saja jenis face scrub boleh menyebabkan micro tears atau saluran darah pecah, yang juga boleh berpunca kepada jangkitan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

Nak order Shaklee?
Whatsapp kami


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Sydney Sims on Unsplash