15.5.18

Masalah Senggugut Berkurangan Selepas Amalkan Ostematrix dan GLA Complex Shaklee


Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai 1 tahap bila datang klinik doc cakap ye mimie, period pain ya...doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.

Bile diserang senggugut memang tahap berguling,tido merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tau macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office mmg nak jalan pun pegang dinding membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..

Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so dari mana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?

Itu lah yang jadi reput gigi, reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan & naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli Ostematrix pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.

Menunggu2 jugak kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takde sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan 1 lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Ostematrix tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut & lebih mudah dikeluarkan.

Bulan seterusnya saya beli Ostematrix dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri.

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang 😅😅😅. Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya 😘😘

Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit2 Badan & Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA Complex hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia 💪💪💪

Whatsapp kami segera untuk kami bantu masalah anda 😉


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. Ooo..sangka pulak boleh hilangkan senggugit juga ye. Banyak fungsinya

    BalasPadam
  2. masalah senggugut jgn dipandang ringan lbh2 lg mereka yg baru pertama kali mengalami haid

    BalasPadam