8.5.18

5 Tahun Makan Shaklee : Ujian Makmal Buktikan Tiada Masalah Buah Pinggang Rosak


Saya merupakan pengamal Suplemen Shaklee sejak 2013. Pada tahun ini, adalah tahun ke 5 saya mengamalkan Vitamin Shaklee. Secara jujurnya, sebelum mengenali syarikat Hijau Shaklee, saya adalah seorang yang tidak menitikberatkan soal pemakanan sihat dan kerap tidak sihat serta ambil cuti sakit setiap bulan.

Saya merupakan penghidap tonsil, penghidap resdung dan mempunyai system pertahanan tubuh yang lemah serta mudah diserang penyakit. Pada awal penglibatan dengan Shaklee, saya hanya focus kepada menjual dan tak titikberatkan aspek pemakanan sihat. Saya masih lagi makan makanan yang tak sihat seperti burger, minum minuman manis dan sebagainya.

Selepas 3 tahun bershaklee, baru saya sedar dan saya didedahkan dengan prinsip Shaklee iaitu makan secara sihat, senaman & pengambilan suplemen secara bijak. Sejak daripada itu, saya mula ubah cara pemakanan & start berdetox. Daripada hasil berdetox, saya teruskan makan secara sihat, iaitu suku-suku separuh, makan buah-buahan dan sayuran 2 hingga 3 hidangan setiap hari.

Banyak perubahan yang telah berlaku kepada tahap kesihatan saya selepas mengamalkan Vitamin selama 4 tahun. Saya sentiasa bertenaga, masalah resdung juga tak berulang, tonsil pun jarang berulang dan saya juga jarang demam. Semasa proses berpantang anak kedua, luka cepat sembuh dan sentiasa bertenaga serta saya dapat supply susu yang cukup & bernutrisi untuk anak saya sehingga 2 tahun 4 bulan .

Antara Vitamin yang saya amalkan sepanjang 5 tahun ialah Vita Lea, Energizing Soy Protein, B Complex, Alfalfa, Vivix, Ostematrix, Vitamin C, Nutriferon, Lecithin, Cinch Energy Tea dan Garlic Complex.

Ramai yang tak percaya bahawa usia saya sudah 31 tahun. Mereka menyangka saya masih lagi berusia 20 an. Ini adalah effect yang paling menggembirakan saya.

Selepas 4 tahun mengamalkan Vitamin Shaklee, saya terdetik untuk membuat ujian darah. Tambahan pula, saya juga takut dengan khabar angin tentang buah pinggang rosak jika amalkan suplemen. Dalam ketakutan, saya juga yakin dengan Shaklee kerana Shaklee mempunyai Landmark Study.

Pada 25 November 2017, saya ke Path Lab untuk buat ujian darah dengan mengambil pakej 53 test, iaitu kolestrol, bacaan glukosa, bacaan buah pinggang, penyakit kelamin, hepatitis B dan banyak lagi. Seminggu kemudian, keputusan ujian dah keluar. Saya amat berdebar, dan risau. Alhamdulillah result semuanya baik dan dalaman saya sihat serta tiada masalah. Staff makmal pun tak tahu nak komen apa sebab result sangat cemerlang.

Dengan keputusan ujian darah tersebut, saya sangat YAKIN dengan keberkesanan Shaklee dan ingin setia mengambil Vitamin Shaklee sampai bila-bila. Yang paling penting,saya lebih berani untuk meyakinkan masyarakat di luar sana tentang keberkesanan suplemen Shaklee dan sekaligus membuktikan kepada anti suplemen bahawa Suplemen Shaklee bukanlah suplemen cap Ayam.

Shaklee, sentiasa selamat & sentiasa berkesan. Terima kasih Shaklee! Terima Kasih Allah!


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan