6.5.18

10 Manfaat Berpuasa Untuk Kesihatan Tubuh Badan Manusia


Rasulullah S.A.W bersabda, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” (Hadis Riwayat Abu Naiim). Ini menunjukkan puasa mempunyai manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita.

1. Puasa Memperbaiki Komposisi Dan Kecergasan Badan
Berpuasa memberikan kesan terhadap tisu lemak di badan dan pengurangan berat badan secara keseluruhan dengan cara menyumbang kepada komposisi badan yang lebih baik melalui tindakan hormon dan metabolisma lemak. [Vitamin untuk cergas & cantik]

2. Puasa Meningkatkan Tahap Kekenyangan Walaupun Makan Sedikit
Tisu lemak berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin, menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satu daripadanya adalah leptin, yang memberi kesan kepada tahap kekenyangan. Dengan berpuasa, tahap leptin dalam badan menurun pada peringkat awal, namun apabila berat turut menurun, rintangan terhadap leptin juga berkurangan. Menjadi lebih responsif kepada leptin meningkatkan tahap kekenyangan.

3. Puasa Mengurangkan Keradangan
Keradangan boleh disebabkan oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah diet yang tidak sihat, yang mempunyai banyak radikal bebas. Makanan yang mengandungi gula halus, karbohidrat halus, alkohol, daging, tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Reaksi metabolik juga turut boleh menyebabkan keradangan. Berpuasa mengurangkan keradangan melalui keseimbangan hormon yang lebih baik. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tahap insulin yang lebih rendah serta sensitiviti insulin yang lebih baik mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada radikal bebas.
[Jom baca : Radang Buatkan Kulit Tua Sebelum Usia]

4. Puasa Menyokong Pembakaran Lemak Dan Ketosis
Ketosis, atau keadaan di mana lemak terbakar, tercapai sama ada melalui berpuasa atau pengambilan makanan berdiet seperti lemak sihat. Ketosis membantu membakar simpanan lemak pada organ seperti hati dan buah pinggang. Lemak berlebihan pada organ-organ utama ini berupaya mengganggu fungsi organ berkenaan.
Berpuasa mampu mencapai ketosis lebih cepat berbanding pengurangan pengambilan makanan berkalori. Satu kajian mendapati bahawa berpuasa meningkatkan metabolisma badan manusia secara mendadak.
[Jom baca : Tips Bakar Lemak Dalam Badan]

5. Puasa Menambahbaik Kesihatan Kardiovaskular
Berpuasa mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular, terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sindrom metabolisma. Berpuasa memperbaiki fungsi kardiovaskular, komposisi darah dan tekanan darah. Berpuasa turut baik untuk mereka yang menghidapi type 2 diabetes (kencing manis) dan kolestrol tinggi.
[Jom baca : Wanita Lebih Mudah Kena Serangan Sakit Jantung?!]

6. Puasa Mengurangkan Tekanan Darah
Ketika berpuasa, tekanan darah dalam badan manusia akan menurun pada peringkat awal, terutamanya dalam minggu pertama berpuasa. Tekanan darah rendah berlaku kerana pengurangan pengambilan garam secara mendadak dan peningkatan kehilangan garam melalui proses pelawasan (kencing).

7. Puasa Mengurangkan Tahap Gula Dalam Darah
Dalam masa beberapa hari berpuasa, gula dalam darah akan menurun lebih daripada 30%. Bagi mereka yang menghidapi hyperglycemia (gula banyak dalam darah), berpuasa adalah sangat baik untuk anda. Penurunan gula selalunya akan membuatkan seseorang berasa kurang bertenaga, namun tahap gula dalam darah akan stabil apabila puasa berterusan.

8. Puasa Memperbaiki Proses Kitar Semula Sel (Cell Recycling)
Apabila usia kita meningkat, sel jahat (rogue cells), di dalam dan luar badan akan membiak ke seluruh tubuh, menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbang ke arah penyakit progresif. Berpuasa memperbaiki badan melalui kitar semula sel, melalui proses autophagy. Proses ini menyasarkan pencernaan sel-sel rosak dan tisu tua pada peringkat selular.

9. Puasa Mengurangkan Penghasilan Protein Berbahaya
Terdapat banyak protein dan produk metabolik yang boleh menyebabkan keradangan, terutamanya di dalam otak. Berpuasa dan pengehadan kalori menghalang penghasilan radikal dan protein berbahaya seperti inflammatory cytokines. Kajian menunjukkan bahawa berpuasa mampu mengurangkan penghasilan keduanya dan melindungi manusia daripada penuaan otak pramatang.

10. Puasa Menyokong Kolagen Yang Lebih Sihat Di Dalam Kulit
Berpuasa mampu menambahbaik integriti kulit. Gula yang tinggi dalam darah mengubah struktur kolagen, melemahkan kekuatan dan ketahanannya. Memandangkan berpuasa berupaya mengurangkan tahap gula dalam darah, kita boleh menganggap puasa sebagai rutin penjagaan kulit yang percuma dan semulajadi.

Pengambilan suplemen yang kami cadangkan untuk Set Ramadhan ialah ESP protein soya, Performance Drink isotonik dan MealShakes multivitamin.

Bulan ni ada harga gempak sempena promosi Set Ramadhan Shaklee. 
Harga asal RM 390.00
Kami nak berikan diskaun sehingga RM 22 kepada anda
Hubungi kami segera


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan