4.4.18

5 Tip Rambut Kekal Sihat, Lebat & Bersinar Sepanjang Masa

Rambut adalah makhota kepada wanita mahu pun lelaki. Definisi rambut yang cantik adalah apabila kita memiliki rambut tidak kering, sihat, lebat dan bersinar.

1. Kalau boleh elakkanlah penggunaan air panas ketika mandi. Sudah tentu-tentu tidak elok untuk rambut kita. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut kamu menjadi lebih kering dan kusut.

2. Jangan terlebih syampu rambut. Seeloknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Begitu juga buat rambut yang berwarna. Ini kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap dek bahan kimia daripada syampu yang kamu gunakan hari-hari. Dan dengan itu, akan terhasillah pula minyak yang tidak diperlukan oleh kulit kepala dan membuatkan rambut kamu lebih berminyak dan leper.

3. Bukan sekadar wajah, rambut juga harus dilindung daripada sinar UV matahari yang berlebihan. Seeloknya sapu atau sembur produk pelindung haba, serum dan juga sarungkan topi jika kita berada di kawasan yang cukup terik.

4. Kesihatan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Setiap pengambilan makanan kita menyumbang kepada faktor kesihatan rambut kita. Terutama buat anda yang gemar berdiet. Kalau amalan diet yang salah, mampu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Ingat, protein dan zat besi penting untuk rambut kita.

Dah baca? Protein penting untuk rambut

Baca lagi ESP sumber protein dan zat besi

5. Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Sikat rambut bermula daripada bawah dan ke atas. Ini kerana, jika kamu sikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan. Paling penting, sikat kamu itu haruslah sentiasa bersih. Satu lagi, comb wet hair, do not brush it! sumber : stail.my

Dapatkan vitamin untuk suburkan rambut dengan kami. Hubungi kami segera


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA dengan Shaklee?
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.