16.2.18

6 Tips cegah rambut beruban pada usia muda dan kembali hitam


Rambut beruban kini bukan sahaja boleh dialami oleh pakcik makcik usia separuh umur. Malahan ia boleh berlaku kepada remaja belasan tahun dan kakak abang 20-an.

Selain mengeluarkan rambut, folikel juga membina sel-sel warna atau pigmen yang mengandungi melanin. Lama-kelamaan atas berbagai faktor, sel-sel pigmen oleh folikel rambut semakin berkurangan lalu menghasilkan rambut berwarna putih yang dikenali sebagai uban.

Selain penuaan, terdapat pelbagai penyebab lain.

1. Kekurangan vitamin
Kekurangan vitamin-vitamin B-6, B-12, biotin, vitamin D atau vitamin E boleh menyebabkan rambut beruban pra matang. Beberapa kajian ke atas kekurangan vitamin D-3, vitamin B-12 dan kuprum dikaitkan dengan rambut beruban seperti dilaporkan oloeh sebuah kajian dalam jurnal Development (2015).

Dah baca? Vitamin E untuk kecantikan wajah dan rambut.

Saintis mendapati kekurangan nutrien memberi kesan ke atas pigmentasi di mana warna rambut boleh kembali kepada warna asal dengan pengambilan nutrisi yang betul. Pengamal veganism (vegetarian) muda terdedah kepada kekurangan vitamin B-12.

2. Genetik
Sebahagian besar beruban pra-matang dikaitkan dengan faktor genetik seperti dicadangkan dalam sebuah kajian yang dilaporkan dalam Indian Journal of Dermatology, Venereology and Leprology (2013). Kajian sama juga mendapati bangsa dan etnik juga mempunyai peranan. Beruban pra-matang pada bangsa kulit putih berlaku seawal usia 20-an, 25 tahun pada orang Asia dan 30 tahun pada bangsa Afro-Amerika.

3. Stres oksidatif
Berlaku apabila paras antioksidan tidak mencukupi untuk mengawal (meneutral) radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan sel, jika tidak dikawal akan menyebabkan penuaan dan pembentukan penyakit.

Stres oksidatif melampau boleh menyebabkan pembentukan vitiligo yang mengubah warna rambut anda kepada warna putih kerana kematian sel melanin atau kehilangan fungsi sel tersebut.

4. Penyakit tertentu
Penyakit autoimiun dikatakan meningkatkan risiko beruban pra matang. Sebuah kajian yang dilaporkan pada 2008 menunjukkan kaitan antara ketidaknormalan rambut dengan disfungi tiroid berpunca daripada serangan sistem imun ke atas kelenjar tiroid. Rambut putih juga didapati berlaku pada individu yang mengalami alopecia areata iaitu sejenis masalah kulit autoimun yang menyebabkan kehilangan rambut dari kulit kepala, wajah dan bahagian lain tubuh.

Apabila rambut tumbuh semula, ia muncul dengan warna putih kerana kekurangan melanin.

5. Tekanan
Kajian saintis penyelidik Universiti New York dalam jurnal Nature Medicine menunjukkan sel-sel yang bertanggungjawap terhadap pewarnaan rambut boleh berkurangan apabila tubuh mengalami tekanan.

6. Merokok
Kajian Italian Dermatology Online Journal (2013) menunjukkan bahawa perokok adalah lebih mudah mengalami rambut beruban dua setengah kali ganda sebelum mencapai usia 30. Kajian Journal of the American Academy of Dermatology (2015) juga menunjukkan merokok dikaitkan dengan beruban pra-matang pada golongan muda.

7. Pewarna dan produk rambut
Pewarna rambut diperbuat daripada kimia berasaskan petroleum seperti syampu boleh menyebabkan beruban pra-matang. Sebahagian besar produk tersebut dikatakan mengandungi bahan-bahan berbahaya yang mengurangkan melanin. Hidrogen peroksida yang terdapat dalam pelbagai produk pewarna rambut ialah salah satu daripada bahan pengoksida yang berbahaya kepada kulit kepala dan folikel rambut.

Menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia peluntur warna secara berlebihan dikatakan lambat-laun akan menyebabkan rambut cepat beruban.

Pencegahan

1. Merawat rambut beruban menggunakan kaedah sesuai dikatakan dapat membantu mengembalikan pigmentasi jika kehilangan warna berpunca selain genetik dan penuaan.

2. Jika diet dan kekurangan nutrien didapati sebagai punca, maka mengambil diet yang sesuai akan membantu.

i. Antioksidan
Makanan kaya antioksidan boleh mengawal dan seterusanya mengurangkan stres oksidatif. Makanan kaya antioksidan antaranya termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran segar, teh hijau, minyak zaitun dan ikan.

ii. Makanan bernutrien
Makanan laut, telur dan daging merupakan sumber baik vitamin B-12 manakala susu, salmon dan keju pula kaya dengan vitamin D. Jika nutrien dari makanan tidak mencukupi maka mengambil pil vitamin yang sesuai akan dapat membantu.

Jom baca 4 Vitamin Untuk Suburkan Rambut Lebat

3. Berhenti merokok
Merokok menyumbang kesan buruk terhadap kesihatan dan dikatakan salah satu punca rambut beruban di mana saintis telah mendapati kaitan antara kebiasaan merokok dan kehilangan pigmentasi rambut.

4. Daun kari
Kajian yang dilaporkan dalam International Journal of PharmTech Research menunjukkan penggunaan daun kari secara tradisional berupaya membantu mengembalikan warna asal rambut serta mencegah beruban pra matang. Gunakan minyak kelapa yang ditambah serbuk daun kari yang disangrai sebagai minyak rambut setiap hari.

5. Amla
Kapsul mengandungi Amla (dikenali juga sebagai Amalaki, buah Melaka atau cermai hutan) boleh membantu. Ia kaya dengan pelbagai fitokimia antioksidan termasuk bioflavonoid dan vitamin C.

6. Teh hitam
Rendam 3-5 sudu teh biasa dalam dua cawan air panas. Apabila sejuk tapis dan guna air tapisan untuk melumur rambut. Biarkan selama sejam. Teh hitam kaya dengan antioksidan termasuk tannin menjadikan rambut anda lebih gelap, berkilat dan lembut.


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

artikel asal di http://www.sinarharian.com.my/wow/beruban-pra-matang-1.786840