13.1.18

Ketahui 8 kesalahan yang dilakukan ketika membersihkan wajah


Ramai antara kita tidak menyedari kesalahan ketika membersihkan wajah. Walaupun nampak mudah, ia sebenarnya lebih daripada itu dan boleh merosakkan wajah kita.

1. Salah pilih produk
Pembersih wajah yang sesuai mestilah yang mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap. Walau bagaimanapun amat penting untuk produk tersebut tidak mengurangkan kelembapan semulajadi kulit wajah. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau berlakunya iritasi pada wajah.

2. Guna produk yang ada bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit wajah terutamanya jika ia sensitif.

3. Gosok wajah dengan tuala
Ketika mengelap wajah dengan tuala, pedapkan kulit wajah bukannya menggosok. Menggosok membuatkan anda selesa tapi sebenarnya ini membuatkan tahap elastik kulit wajah menurun dan menggalakkan ia menjadi kendur.

4. Berlebihan membersihkan wajah
Membersihkan wajah 1 atau 2 kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya boleh mengganggu penghasilan minyak semulajadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak atau terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.

5. Tidak membersihkan wajah dengan betul
Ini akan mengakibatkan pori-pori tersumbat. Bahagian bawah rahang, garis rambut dan hidung selalu dibiarkan sedangkan ianya sangat penting untuk dibersihkan.

6. Suhu air yang salah
Ramai berpendapat air panas akan membuka liang dan air sejuk akan menutupnya semula. kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Air panas membuatkan kulit wajah menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan wajah.

7. Elak kerap guna skrub wajah
Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati tapi tidak digalakkan digunakan secara kerap. Cukuplah 2 atau 3 kali seminggu.

8. Sapu pelembap secepat mungkin
Begitu juga dengan serum. Ini bagi memaksimumkan penyerapan bahan aktif ke dalam kulit.

Lihat YOUTH® Skin Care Semulajadi, Bebas Gluten, Tiada Bahan Kimia



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan: