12.1.18

Kebaikan Salad dan Resepi Salad Ayam Rangup Sos ala Thai


Ramai tidak ambil peduli hidangan salad. Sedangkan hidangan salad yang ditambah sayur dan buah adalah cara mudah serta kreatif dalam mengamalkan diet seimbang.

Antara kebaikan salad adalah

1.Kaya Dengan Serat

Sayur salad mampu memenuhi keperluan serat harian. Tak kiralah salad bulat mahupun salad biasa, keduanya memberikan banyak serat dan mampu menurunkan kadar kolesterol dalam masa yang singkat.

Baca Kenali serat dan jenis-jenis serat

2. Cegah Penyakit

Salad yang kaya serat akan membantu melancarkan sistem penghadaman sekaligus membersihkan usus dari racun dan zat-zat sisa yang mengundang penyakit. Makan sayur salad setiap hari akan membantu mendorong gerakan usus dan memperbaiki metabolisme.

Baca Kenapa Kita Perlu Detox atau Cuci Usus?

3. Kawal Berat Badan

Makan sayur salad setiap hari akan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara semulajadi dan akan memudahkan tubuh anda menurunkan berat badan. Kalori akan dibakar dengan lebih baik dan anda pun akan menjadi makin langsing.

Baca Leucine membakar lemak

4. Cegah Kanser

Salad juga kaya dengan nutrisi yang boleh menurunkan risiko beberapa jenis kanser. Cubalah buat salad dengan campuran buah-buahan yang pelbagai warna.


Thai Chicken Crunch Salad

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam tanpa kulit, dimasak dan dicincang
1/2 biji kubis cina atau apa-apa pilihan sayur-sayuran, dihiris nipis
1/4 biji kubis merah kecil, dihiris nipis
2 batang lobak sederhana, parut
3 biji bawang hijau, dihiris nipis
1/4 cawan daun parsley cincang
2 sudu badam panggang, dihancurkan

Sos ala Thai:

1 biji limau, dikisar
3 sudu mentega kacang semulajadi
2 sudu kicap (natrium rendah)
3 sudu teh madu
1 sudu besar akar halia, diparut
2 ulas bawang putih, cincang
2 sudu teh cuka beras

Langkah penyediaan

Dalam mangkuk kecil, gabungkan jus limau, mentega kacang, kicap, madu, cuka beras, halia dan bawang putih. Kacau dengan teliti. Dalam mangkuk salad besar, gabungkan semua sayuran dan dada ayam. Toskan dengan sos. Hiaskan dengan badam panggang. Hidang.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.