6.1.18

Faktor pengambilan makanan segera dan kesan buruk pada tubuh


Makanan segera menjadi pilihan kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa. Bagi golongan sibuk bekerja, dengan membeli makanan segera boleh menjimatkan masa.

Kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari. Pusat membeli-belah juga mempunyai pelbagai pilihan makanan segera. Asalkan perut lapar boleh pergi sahaja ke kedai makanan segera yang berdekatan.

Pengambilan makanan segera dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan.

Kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan:

• Obesiti - Makanan segera merupakan punca kegemukan. Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35% lemak. Begitu juga ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya.

• Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

• Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dankarbohidrat yang tinggi.

• Diabetes - Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

• Kanser - Kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.

Makanan segera yang harus dielakkan kerana kurang elok untuk kesihatan:

• Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
• Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
• Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
• Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi

Baca kenapa kita perlukan supelemen

Baca 5 penyakit berkurangan asbab suplemen

Artikel sinarharian.com.my


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.