10.1.18

5 tips untuk wanita kelihatan cantik tanpa perlu bersolek


Solekan mungkin adalah jalan singkat untuk kelihatan cantik. Tapi solekan hanya menjaga wajah daripada luaran. Kecantikan sebenar ialah bermula daripada dalam.

Solekan mungkin adalah jalan singkat untuk kelihatan cantik. Tapi solekan hanya menjaga wajah daripada luaran. Kecantikan sebenar ialah bermula daripada dalam.

Berikut adalah 5 cara untuk kita kelihatan cantik tanpa perlu bersolek tebal. Ada waktunya wajah kita perlu ‘bebas’ tanpa sebarang solekan.

1. Tinted mointuriser dengan SPF
Gunakan tinted moisturiser berbanding bedak asas. Ia bukan sahaja melindungi wajah malah daripada sinar matahari ia juga membantu untuk mengimbangi warna kulit serta melembapkan kulit wajah.

2. Secawan vitamin C yang panas
Minum secawan air panas yang dicampur dengan lemon. Ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh anda. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kulit wajah anda kekal sihat, segar dan berseri.

Lihat Kulit Cantik Dengan Vitamin C

3. Pakai penyegar wajah bebas alkohol
Penyegar bebas alkohol yang dipakai selepas membersihkan wajah dengan pencuci wajah yang sesuai akan memberikan kesan yang baik pada tona kulit. Ia juga akan membuang lapisan sisa mekap pada waktu pagi.

4. Skrub wajah dua kali seminggu
Jangan malas untuk menggunakan skrub wajah. Mencuci wajah sahaja tidak cukup. Ini kerana sel-sel kulit mati hanya dapat disingkirkan melalui penggunaan skrub wajah. Gosok dengan lembut skrub pada wajah selama satu minit sebelum dibilas dengan air dingin dan lap sehingga kering. Lanjutkan dengan pemakaian produk penjagaan wajah yang lain.

5. Elak sentuh wajah
Mungkin anda ada tabiat gemar memegang wajah. Mungkin ketika leka menonton televisyen, berehat-rehat sambil berbaring di atas sofa dan sebagainya. Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari. Jika ada jerawat, jangan picit jerawat, bintik putih dan juga bintik hitam pada wajah anda. Perbuatan ini hanya akan menyebarkan bakteria pada wajah anda.

Semoga tips ini bermanfaat untuk kita agar wajah nampak cantik secara semula jadi, bebas cela dan juga berseri.

Lihat Skin Care Shaklee Bebas Bahan Kimia, Semulajadi, Bebas Gluten

Lihat Senarai Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Artikel asal http://www.sinarharian.com.my/wow/lima-tips-nampak-cantik-tanpa-perlu-bersolek-1.774280


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.