25.12.17

Tips Bantu Wanita Putihkan Kulit Tanpa Produk Beracun.


Kebanyakan wanita berkehendakkan kulit putih dalam masa yang singkat. Memula pakai produk putihkan kulit tu memanglah kulit nampak cerah. Tapi kalau dah berhenti amalkan produk, wajah jadi kusam pulak. Malah paling sedih, kulit muka alahai lagi teruk daripada sebelumnya. Mana nak letak muka ni ?!

Tempoh sebenar kulit untuk menjadi putih mengambil masa 10 – 30 hari. Itu mengikut kajian yang dibuat oleh saintis. [ Rujukan: Skin Reproductive Cycle ]

Jadi kalau putih terlalu cepat, berkemungkinan tinggi adanya campuran bahan kimia yang banyak. Ditakuti kesan jangkamasa panjang pada buah pinggang yang penat menapis bahan kimia dari produk terebut.


Produk pemutihan yang pantas ni selalunya mengandungi bahan kimia hydroquinone dan merkuri yang biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit. Manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat.

Merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan, menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit.

Produk kosmetik dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra lembayung (UV) berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.

Penyelesaian semulajadi untuk awak yang nak dapatkan kulit sihat cerah secara semulajadi. Set kecantikan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Paling penting produk daripada rangkaian set kecantikan ini telah lama berada di pasaran iaitu sejak tahun 1961 lagi. Malah, produk-produk ini membekalkan nutrisi keperluan harian yang diperlukan oleh tubuh.


Vitamin C : sudah berusia 102 tahun di dunia, bersifat sustained release; dilepaskan perlahan-lahan selama 5 jam dalam tubuh, merangsang pembentukan kolagen, mencuci darah, mencantikkan kulit, merawat kulit, pengambilannya secara konsisten akan menjadikan kulit lebih glowing dan radiant.

ESP : protein bermutu tinggi dibuat daripada soya bukan GMO, membantu menghasilkan sel baru yang lebih sihat, membantu mencantikkan dan mencerahkan kulit. ESP Shaklee adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Protein membantu menghasilkan kolagen dalam badan dan seterusnya membantu memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.

Vitamin E : membantu memudarkan parut akibat jerawat, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih berseri.

Collagen Powder : suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Vivix : Mengandungi antioksidan Resveratrol yang paling berkualiti di dunia. Satu kajian klinikal sudah dibuat untuk membandingkan tahap perlindungan sel diantara Resveratrol ( ramuan dalam Vivix), vitamin E dan vitamin C. Keputusannya, Resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95%. Diikuti dengan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Kesemua produk Shaklee boleh disemak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), di bawah Kementerian Kesihatan di www.bpfk.gov.my

Paling best, saya ada rahsia untuk membantu anda bagi mendapatkan kulit bersih dan hasilnya boleh anda lihat seawal kesan seminggu. Malah ada pengguna saya yang konsisten makan set kecantikan ini mengakui hasil seawal 2-3 hari sudah boleh dirasai. Anda juga akan dibekalkan dengan cara masker wajah bagi melawan antioksidaan punca kulit kusam.

Dengan prinsip ‘ In Harmony With Nature ‘, Shaklee sanggup habiskan RM1 bilion untuk ujian keberkesan dan keselamatan. Dan melabur lebih dari RM500 juta untuk saintis dan fasiliti kajian.

Tiada sebab untuk kita merasa risau mengenai kandungan produk Shaklee ❤


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.