30.12.17

kepentingan buah-buahan di dalam mencegah penyakit kronik


Konsep Pinggan Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan 50% hidangan kita setiap hari adalah daripada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian University of Copenhagen, Denmark menunjukkan pengamal buah-buahan 15% kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular lain seperti darah tinggi dan strok. Kadar kematian mereka juga 20% lebih rendah.

Kajian meta-analisis jurnal perubatan 2014 menunjukkan pemakanan tinggi serat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes, sakit jantung, strok, kanser, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi serta menurunkan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 15%.

ANTIOKSIDAN DAN ANTI KERADANGAN

Kandungan paling berkhasiat dalam buah-buahan ialah khasiat antioksidan seperti anthocyanidin dalam buah delima, buah pitaya dan buah beri, kandungan quercetin dalam buah limau oren, resveratrol dalam biji anggur, polifenol dalam buah zaitun, buah kurma dan buah tin.

Baca Tips Anti-Oksidaan : 8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan

Buah-buahan juga mengandungi agen anti-keradangan yang boleh mencegah masalah saluran darah sempit akibat masalah arteriosklerosis dan bahan fitoestrogen yang mampu menstabilkan hormon wanita.

KEUTAMAAN SUMBER VITAMIN C

Kajian Cohort selama 20 tahun di Jepun menunjukkan pengamal vitamin C mempunyai 29% lebih rendah risiko mendapat penyakit strok atau angin ahmar.

Seseorang yang kurang mengambil vitamin C lebih mudah mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Baca Perbezaan Vita-C Shaklee dan 5 Sebab Kenapa Vitamin C Shaklee Berbeza

American Jurnal of Clinical Nutrition 1991 menunjukkan buah-buahan vitamin C mengurangkan risiko kanser esofagus, tenggorok, mulut, pankreas, perut, usus, payudara dan pangkal rahim.

Buah-buahan juga mempunyai kandungan mineral seperti kalium, magnesium, zink, selenium, kromium dan kalsium. Pisang tinggi dengan mineral kalium atau potassium yang baik untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Baca 7 Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tubuh

Pengamal buah-buahan akan mempunyai berat badan yang lebih sihat dan ideal. Jadikan amalan pengambilan buah-buahan setiap hari dan setiap hidangan yang kita makan sebagai satu kemestian jika kita ingin mendapat kesihatan yang terbaik.

artikel www.sinarharian.com.my


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan