0

Bahan semulajadi adalah alternatif lain yang boleh membantu anda untuk menjaga dan merawat rambut. Ini adalah kerana bahan semulajadi tidak mengandungi bahan berbahaya yang akan mendatangkan efek buruk buat kesihatan rambut mahupun tubuh. Untuk mendapatkan rambut yang sihat,subur, lebat dan cantik, anda perlu mengambil beberapa vitamin yang boleh merawat rambut dari dalam.

Vitamin B
Vitamin B boleh membantu menyuburkan rambut dan menguatkan setiap batang rambut. Jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesuburan rambut adalah vitamin B5 dan B12. Selain itu, vitamin tersebut juga akan membantu mencegah kerosakan rambut serta uban. Vitamin B5 dan B12 boleh diperoleh dalam produk telur, daging, susu serta gandum.

Vitamin C
Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang lebih banyak memainkan peranan sebagai antioksidan. Selain itu, ia juga membantu menutrisi rambut sehingga rambut tetap terjaga kesegarannya dan dapat menyeimbangkan kadar minyak di setiap helaian batang rambut.Kekurangan vitamin C oleh membuatkan rambut anda menjadi kering dan mudah patah.Vitamin C boleh ditemui pada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, oren dan kemerahan.Pengambilan buah-buahan segar atau membuat ramuan masker boleh membantu anda mengatasi masalah rambut.

Vitamin D
Vitamin D juga adalah vitamin untuk rambut yang memainkan peranan penting untuk menguatkan setiap batang rambut. Apabila anda kekurangan vitamin D, maka rambut anda akan menjadi rapuh, mudah patah dan juga bercabang. Sumber vitamin D boleh anda peroleh daripada sinaran matahari pagi serta produk susu.

Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin untuk rambut yang paling diperlukan bagi kesihatan rambut. Fungsinya bukan sekadar membantu melembabkan, tetapi juga meregenerasi rambut baru serta melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Jadi, tidak hairanlah jika vitamin E memainkan peranan yang sangat besar untuk pertumbuhan dan menyuburkan rambut.Dengan pengambilan vitamin E secara rutin, bukan hanya kulit anda sahaja yang kelihatan muda, bahkan masalah rambut beruban sebelum waktunya juga boleh anda atasi.Bagi memenuhi keperluan vitamin E, anda boleh mendapatkannya dengan pengambilan sayuran hijau dan juga buah-buahan. sumber http://www.wom.my



Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.

 vitamin rambut shaklee



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp saya terus di : http://shakleepengedarsah.wasap.my/
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top