0

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut. Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan. Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.





Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO



 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp saya dengan terus click nombor ini : 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top