0

6 Tips Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik

#1 – Berhenti dan elakkan memakai produk kosmetik pada muka
Kulit sangat sensitif terhadap unsur dari luar terutamanya bahan kimia, lebih-lebih lagi ketika sel kulit sedang rosak atau mengalami iritasi.

Buat masa ini, hentikan sebarang penggunaan produk kosmetik sama ada yang sudah terbeli atau ingin mencuba yang lain.

Ini dapat mencegah kulit daripada terus terjejas dan mengalami komplikasi yang lebih buruk.

#2 – Berikan tempoh bertenang & dapatkan nutrisi vitamin untuk kulit
Berikan masa rehat pada kulit muka yang terjejas melakukan proses pembaikpulihan secara semulajadi tanpa pengunaan makeup asas termasuk bedak dan pembersih muka.

Dalam masa itu, amalkan diet yang boleh membekalkan sumber kepada proses pembaikan sel. Antaranya makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A, biotin, vitamin C, vitamin E dan mineral zink.

Pemakanan melalui suplemen turut boleh membantu untuk mendapatkan kesemua sumber vitamin ini dengan kadar mencukupi dan konsisten.

#3 – Awas bahaya terdedah kepada sinar matahari
Terdedah secara langsung dan berlebihan kepada sinar matahari boleh memyebabkan kulit muka yang rosak terasa pedih.

Juga boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di dalam kulit yang bakal menyebabkan berlakunya pigmentasi.

Kesannya mungkin akan menyebabkan tona warna kulit menjadi tidak sekata atau komplikasi jeragat di muka.

#4 – Jangan picit jerawat!
Jangan pelik jika tumbuh jerawat di muka, lebih-lebih lagi di kawasan kulit yang rosak itu. Awas! Ia sering muncul secara tiba-tiba tanpa dikehendaki. Biarkan ia, jangan dipicit atau dipecahkan.

Bakteria di dalam jerawat mungkin boleh memburukkan lagi proses pemuliharaan kulit yang rosak jika dilepaskan keluar.

#5 – Minum air kosong 8 gelas sehari
Air adalah sangat penting untuk badan. Selain untuk membantu proses perkumuhan, ia juga penting untuk proses detoksifikasi. Detoks merupakan proses penyingkiran toksin yang berlebihan di dalam tubuh.

Semakin banyak air anda minum, lebih banyak toksin yang akan disingkirkan melalui urin dan peluh. Elok untuk membuang segala sisa kimia yang mungkin tersimpan di bawah kulit atau dalam badan.

#6 – Dapatkan sumber protein dan kolagen
Protein dan kolagen bertanggungjawab membantu proses regenerasi sel untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Protein boleh diperolehi dari sumber pemakanan. Manakala kolagen adalah unsur semulajadi di dalam tubuh yang akan semakin berkurang apabila usia semakin meningkat.

Untuk sumber yang mencukupi bagi keduanya, pemakanan nutrisi suplemen sememangnya amat membantu.

ESP – Sumber protein yang penting untuk pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat
Gla Complex – Untuk membantu menstabilkan hormon dalaman wanita dan memulihkan kulit yang rosak
Vita-C Plus – Membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit yang rosak, membantu penghasilan kolagendan menjalankan fungsi antioksidan
Alfalfa Complex – Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus
Vita-Lea – melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik
Collagen Powder – Sumber kolagen premium yang diperlukan untuk proses penyembuhan dan pemulihan kulit rosak
Vita-E Complex – Membantu melembapkan kulit, melawan serangan radikal bebas serta memudarkan parut di kulit.
Vivix – Membantu memulihkan sel yang rosak sehingga ke Peringkat DNA. Tinggi resveratrol dan polyfenols, antioksidan yang hebat. sumber : yourfabolousmama





Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top