0

Antara dugaan berpuasa adalah cara kekal bertenaga sepanjang menahan lapar dan dahaga daripada waktu Subuh sehinggalah ke senja. Menurut Datuk Dr Rajbans Singh, presiden Malaysian Wellness Society, ada beberapa cara untuk kita mengekalkan tenaga sepanjang siang pada Ramadan ini iaitu
  • Minum air lapan gelas sehari dari waktu berbuka hingga bersahur. Pilihan ideal sudah tentu air tetapi sup, buahan dan sayuran yang kaya air seperti tomato, timun, salad, tembikai dan oren juga boleh diambil kira.
  • Elakkan meminum air soda dan jus buah kerana kandungan gulanya tinggi dan akan merangsang paras insluin anda terutamanya pada waktu Subuh. Ini akan menyebabkan hipoglisemia dan menambah rasa lapar.
  • Air teh dan kopi bertindak sebagai deuretik, penyebab kehilangan lebih banyak air dan meningkatkan penyahhidratan.
  • Elakkan makanan masin kerana ia menambah rasa haus anda.

MAKANAN WAKTU BERBUKA

“Semasa berbuka, pilih minuman, buah, sup dan bubur dan elak memakan makanan berlemak atau yang ada kandungan gula yang tinggi. Buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun adalah pilihan paling sesuai kerana ia mengandungi gula semula jadi untuk tenaga, air dan vitamin serta ada mineral terpilih,” kata Dr Singh.

Tambahnya lagi, sup tradisional berasaskan daging atau mengandungi kekacang seperti lentil dan kacang serta makanan berkanji seperti pasta atau bijirin turut membekalkan nutrien dan tenaga.

Selepas berbuka, pastikan makanan anda seimbang dan mengandungi karbohidrat kompleks, buah dan sayuran, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam serta telur.

MAKANAN WAKTU SAHUR

Elakkan makanan tinggi kandungan gula dan garam kerana gula mencanak insulin, membuatkan anda rasa lapar manakala garam buat anda terasa lebih haus.

Minum air yang banyak, pilih makanan dengan kandungan serat tinggi serta berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan buat anda berasa lebih lama kenyang.

Contoh; oat, rai dan milet dijadikan bubur dengan kekacang dan buah beri. Bijirin sarapan berserat tinggi diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh. Telur juga sumber baik tetapi elakkan mengambil dengan keju dan daging yang diproses kerana ia ada kandungan garam yang tinggi.

KEKAL AKTIF

“Saya turut mengesyorkan senaman atau aktiviti aktif seperti berjalan kaki pada Ramadan terutama selepas berbuka puasa. Contohnya, anda boleh berjalan kaki ke masjid kerana ia membantu penghadaman dan boleh menurunkan berat badan,” kata Dr Singh.

Jika ada undangan berbuka, anda perlu memilih dan elak makanan secara keterlaluan. Jika anda mengambil ubat untuk diabetes, berbincang dengan doktor cara menyesuaikan dos dan masa pengambilan ubat anda.

TIDUR KENA CUKUP

Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam ke tujuh jam tidur kerana kekurangan tidur akan menyebabkan tekanan dan meningkatkan kortisol yang boleh mencetus masalah kesihatan lain.

Sekiranya anda berasa tidak mendapat pemakanan dengan nutrien yang diperlukan seperti digariskan di atas, terutama dalam tempoh singkat ketika berbuka, anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan bagi melengkapkan nutrien anda. artikel dari http://www.jelita.com.my/lebaran/cara-kekal-bertenaga-sepanjang-berpuasa/

JELITA TELAH CUBA…

Ini hanya sebagai saranan tetapi Jelita telah mencuba set Ramadan Shaklee yang terbukti mampu membantu anda kekal bertenaga dan berasa kenyang lebih lama pada masa sama, tidak cepat dahaga.


Pek Ramadan Shaklee

ESP Mix Soy Protein Isolate Powder: Kaya dengan kalsium dan protein malah protein soya dikatakan mampu mengurangkan kolesterol.

Padankan dengan Meal Shakes menjadikannya minuman yang lazat. Meal Shakes enak berkrim, kaya sumber kalsium, serat makanan dan protein. Hendak lebih lazat? Tambah sedikit Milo.

Untuk kurangkan rasa haus di siang hari di kala berpuasa, cuba Performance. Rasanya seperti glukos oren dan lebih sedap dibancuh dengan air sejuk.

Pada masa sama, ambil suplemen Lecithin kerana ia adalah pengemulsi semula jadi yang bertindak memecahkan lemak menjadi molekul kecil untuk penghadaman.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk buat belian terus dengan Shaklee.


 set Ramadhan Shaklee



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO



 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top