0

Bismillah. Produk Shaklee turut menjadi pilihan Dato' Alif Syukri Abang Terlajak Laris. Kalau dulu, pernah viral gambar Dato' Alif Syukri Abang Terlajak Laris dengan tong ESP protein soya di belakang nya, kali ni Dato' Alif Syukri Abang Terlajak Laris kongsikan pula cara nak buang 'wax' pada buah anggur dengan menggunakan pembersih semulajadi Basic H Shaklee


1. Ambil sebiji bekas kosong yang bersih dan sudah diisi air. Titiskan beberapa titik Basic H. Dan masukkan buah anggur dalam bekas tersebut. Basic H bahan tanpa bahan kimia, tanpa toksik, dibuat daripada ramuan semulajadi iaitu ekstrak jagung dan kelapa. Sebab tu selamat kalau nak cuci buah buahan.



2. Gosok perlahan lahan setiap biji anggur tersebut untuk menanggalkan lapisan wax dan bahan kimia lain. Lepas tu bilas dengan air yang mengalir.




Sebelum, anggur tu memang nampak keras dan berdebu. Lepas cuci, buah tu jadi lebih lembut, dan hilang debu. Basuh dengan air biasa pun tak boleh nak hilangkan debu debu ni tau! Sebab dia wax!

Tapi bila basuh dengan Basic H, memang anggur tu jadi fresh dan segar semulajadi macam baru semalam petik.



1. Apakah Basic H shaklee?
Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air) untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Basic H dihasilkan daripada ekstrak jagung dan kelapa

2. Apa kegunaan Basic H shaklee?
Terlalu banyak kegunaan Basic H Shaklee. Boleh dikatakan 1001 kegunaan. Basic H boleh digunakan untuk mencuci lantai, tandas, almari, tingkap, meja dan segala peralatan dalam rumah. Juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian terutama yang terkena marker pen, tertumpah kuah sos, lada atau apa sahaja, cloth diaper dan botol susu. Sekali lagi jangan risau sebab ianya tidak bertoksik. Untuk kegunaan basuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang layu pun boleh.

Jika terkena air panas, hanya titiskan basic H pada temapt yang terkena panas untuk elak kulit dari menggelembung. Dan jika menggunakan Basic H sebagai pencuci, air cucian jangan dibuang tapi siramkan pokok2 di halaman dengan air ini. Tidak ketinggalan kalau barang2 kemas yang dah berdaki haa boleh rendam dalam campuran basic H ni, berkilat dan bersinar-sinar hasilnya. Bab anak suka conteng dinding, haaa jangan risau semuanya hilang dengan Basic H.

3. Macam mana bentuk Basic H shaklee? Serbuk ke cecair
Basic H berbentuk cecair. dalam 1 botol mengandungi 473ml (boleh dibancuh sehingga 48 gelen air)

4. Tahan berapa lama Basic H shaklee
Basic H tahan hingga 6-8 bulan penggunaan bergantung kepada kekerapan mencuci. Haa tahan lama kan.. Saya punya setahun tak habis2 (nampak beno malas mencuci..hihihi)

5. Macam mana cara guna Basic H shaklee
Senang sahaja. Jika ada botol spray (mcm dalam gambar) boleh titiskan lebih kurang 8-10 titisan ke dalam botol spray dan isikan air. Dah boleh guna untuk bersihkan apa sahaja kat rumah tu termasuk toys anak. Lembut pada tangan. Yang sensitif pada sabun basuh amat disarankan untuk guna Basic H sebagai pencuci.

6. Berapa harga Basic H shaklee
Murah sahaja. 1 botol yang tahan 6-8 bulan hanya berharga RM 46. JImat dan berbaloi-baloi sebab kegunaannya pelbagai. Tak payah dah beli pencuci lantai, tandas, tingkap yang berasingan. Semuanya boleh dibuat dengan Basic H.

7. Boleh tak Basic H diguna untuk mandi?
Kalau diikutkan pada arahan pada botol memang anda takkan jumpa dibolehkan untuk mandi. Tapi kebanyakan pengguna ada yang gunakan Basic H (dititiskan beberapa titis dalam air) dan digunakan untuk lap badan bila anak demam. Mereka mendapati suhu badan anak cepat turun. Sekali lagi, Basic H tidak mengandungi bahna toksik berbahaya.

8. Ibu hamil sesuai tak guna Basic H shaklee?
Amat sesuai kerana ibu hamil tidak digalakkan menggunakan bahan pencuci tandas atau lantai yang mengandungi bahan kimia kerana ia boleh membahayakan kandungan. Jadi Basic H adalah pilihan yang tepat kerana ianya natural dan bebas toksik.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

 Basic H Shaklee



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top