1

Sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 ...masa mula mengandungkan anak sulung. Bila anak sulung..kita excited nak bagi yang terbaik kan.... saya hanya cari info kt google je masa tu n cari seller shaklee pun kat google. Seller tu suggest ESP untuk ibu mengandung tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan ESP sebab alahan yang teruk.

Akhirnya ESP tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah..Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengan shaklee. Kali ni kawan pula yg suggest sebab masa tu saya nak bnyakkan susu. Tapi saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya ESP kan soya, mak tak bagi sebab takut sejuk. Saya pun ikutkan jela.

Habis pantang saya minun ESP tapi tak konsisten. Ikut suka je sebab macam tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makan bukan-bukan lepas bersalin. Saya dapat susukan anak sulung smpai 8 bulan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan stok pun tak bnyak. Puas usaha buat power pumping tapi tak berhasil. Kecewa sudah tentu, kerana saya memang berhajat nak breastfeed anak smpai 2 tahun.

Penghujung bulan 10 2014, saya disahkan mengandung lagi. Masa mula pregy anak kedua, saya hanya makan vitamin dari klinik sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah masuk 7 bulan rasanya.
.
Saya mengadu pada kakak dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic..memang tak sakit da .boleh tido lenaaaa habaq hang....hihihi. Masa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut kena czer. Baby songsang.

Akhirnya pada 30 mei jam 12 tgh malam saya dimasukkan ke wad sebab dah leaking dan masa tu genap 36 minggu. Baby masih songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kat rest bay . Jam 6 pagi baru dipindahkan ke wad. Tapi kena baring sampai jam 12 tengahari dan bila dah boleh bangun saya mulakan operasi untuk breastfeed baby.

Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang , saya pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vitamin C. Masa dalam wad saya curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak..Niat saya satu je, nak bnyakkan susu dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah...sebelum minum esp (lepas bersalin) saya pam dapat sebanyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya jadi stress.

Tapi lepas minum ESP, beberapa jam lepas tu alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz....bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak sebelum ni baby nangis, sekarang baby tido kekenyangan.... nurse yang buat routine check puji je baik baby tido. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas sehari bersalin susu dah banyak. Malam sebelum tu nurse asyik jenguk sebab baby nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu..

Oh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa makanan orang pantang (saya mmg takda spare makanan dan makanan dalam wad tak makan sebabbnya kebnyakannya tak sesuai) jadinya saya minum je ESP Suami datang dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat saya takda langsung sakit perut.

Lepas keluar wad, saya masih lagi minum ESP...kali ni saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tapi bila pam susu berbotol- botol dapat. Akhirnya dia diam je bila tengok saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun takda, jadi dia tak kisah dah. Empat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba saya kena bengkak susu. Sakit sangat.

Saya terus message kakak dan dia suggest Lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar Lecithin dan suruh stop dulu minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je Lecithin terus makan dan try pam lagi beberapa jam lepas tu . Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam pantang saya dah mula buat stok EBM. Masa anak sulung dulu tak macam ni dan stok susu saya hanya disimpan dalam freezer biasa.

Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam. Nurse yang datang check tanya saya ada ambil apa-apa suplemen ke? Saya jawab saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua atau tiga jam sekali saya mesti kena pam..

Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun penuh smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya buat stok EBM tu. Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu untuk anak berlebih-lebih.

Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya yang sulung, anak kedua dan anak susuan. Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah tiada ruang.

Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60 oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi bagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah.. inilah pengalaman saya menggunakan produk ESP dari shaklee...

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).




Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO

 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top