0

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/ kredit gambar : http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0128/Kosmo/Pesona/ps_01.1.jpg

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.

Ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari.

Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari?

Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.





Para ibu hamil dan ibu menyusukan juga boleh dapatkan set Hamil dan set Bersalin dan Menyusu yang disediakan khas oleh pihak Shaklee 😍

 Set Hamil Shaklee

 Postnatal Shaklee



Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

Ostematrix kalsium shaklee
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top