0

Assalamualaikum. Saya dan keluarga telah mengamalkan produk Shaklee sejak penghujung tahun 2012. Salah satu ‪#‎shakleeeffect‬ paling menggembirakan hati saya ialah kesan yang dialami oleh anak sulung saya, Muhammad Haziq yang kini berusia 12 tahun. Jom saya kongsikan kisah anak saya dengan anda di sini.

Sejak berusia setahun lebih, Haziq sudah mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar. Pelbagai cara yang dah saya lakukan, namun setiap kali nak membuang pasti dia akan mengalami kesukaran. Najisnya keras dan menyebabkan pendarahan berlaku. Bila situasi ini terjadi, Haziq akan menangis setiap kali hendak membuang air besar dan akhirnya menjadi fobia untuk ke tandas.

Sebagai ibu, saya sangat susah hati melihat keadaan anakanda tersayang. Bahkan saya turut menangis setiap kali melihat ‘kesengsaraan’ yang beliau alami waktu itu. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana anak sulung saya ini kurang gemar makan sayur.

Setelah saya mula kenal dengan Shaklee, saya mencari banyak maklumat berkaitan vitamin untuk kanak-kanak yang dapat membantu masalah sembelit anak saya. Setelah saya melakukan pembacaan tentang testimoni dan kebaikan Meal Shakes iaitu multivitamin lengkap untuk anak-anak, saya pun membuat keputusan untuk cuba memberikannya kepada anak saya, Haziq.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur selepas beberapa lama memberikan Meal Shakes kepada beliau, saya perasan Haziq tidak lagi merasa takut untuk membuang air besar. Pada awal-awal amalkan Meal Shakes dulu, selang sehari atau dua hari pasti beliau akan membuang air besar dan secara tak langsung akan mengelakkan najis beliau menjadi keras.

Kalau sebelumnya dulu, pernah hampir 3 minggu dia tak ke tandas..kalau ke tandas pun, Haziq akan duduk dalam tandas berjam-jam lamanya setiap kali nak membuang. Dan setiap kali itu juga saya akan tunggu di luar pintu tandas, nak tahu apa masalahnya. Setelah saya perasan perubahan positif yang anak saya alami, saya pun bertanyakan beliau bagaimana keadaan beliau, adakah masih mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar.

Haziq yang berusia lebih kurang 9-10 tahun ketika itu memberitahu saya, beliau tak alami masalah lagi sewaktu nak buang air besar. Tak ada rasa sakit lagi dan tak berlaku pendarahan lagi. Saya sangat bersyukur mendengar cerita anak saya ini kerana dengan izin Allah derita sembelit yang beliau alami sejak beberapa tahun akhir pulih dengan bantuan vitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang dah saya berikan pada beliau. Saya juga menggalakkan beliau untuk mengambil air kosong yang mencukupi setiap hari.

Sehingga kini saya masih terus memberikan anak-anak saya minuman yang dicampur dengan Meal Shakes. Haziq sangat aktif dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum di sekolah mahupun di luar sekolah tanpa sebarang gangguan lagi. Kekadang, masalah sembelit memang akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk bergerak aktif dalam sebarang aktiviti. Dan sekiranya dibiarkan masalah sembelit itu, ia boleh membawa kepada satu lagi masalah yang berkait iaitu buasir.

Jadi, kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sering mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar, saya sangat menyarankan agar anda semua memberikan Meal Shakes kepada anak anda sebagai satu ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Meal Shakes mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang amat diperlukan oleh tubuh badan anak-anak kita. Selain baik untuk sembelit, Meal Shakes juga dapat membantu menambah selera makan anak-anak, menguatkan system imun, asthma, eczema dan lain-lain lagi. Dan yang bestnya, ia amat sesuai untuk dewasa dan anak-anak yang susah untuk menelan pil!

Demikianlah satu lagi kisah #shakleeeffect keluarga saya yang ingin saya kongsikan dengan nada semua. Kami dah mengamalkan Shaklee, anda bila lagi? Shaklee dijamin HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Cubalah hari ini.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

 Meal Shakes



Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Hubungi saya

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : umi.ahliyasah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top