1

Manfaat vitamin E bagi kesuburan untuk hamil

Kalau anda adalah pasangan suami isteri yang baru menikah atau pun sudah lama menikah, anda pastinya menginginkan kehadiran si kecil dalam kehidupan keluarga dengan secepat mungkin.

Dengan kehadiran anak, pasti akan melengkapi bahtera indah pernikahan.

Maka entri ini ditujukan untuk anda bagaimana tips dan maklumat tentang kesuburan lelaki & wanita dimana ternyata Vitamin E memberikan fungsi kepada lelaki yang ingin menyambung keturunan dan zuriat.

Kerana kemandulan tidak harus selalu dinilai dari isteri atau perempuan saja tapi juga kerana suami. Maka dari itu dengan adanya pengetahuan mengenai khasiat dari Vitamin E yang boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan lelaki mahupun wanita.

Manfaat dan Kegunaan Vitamin E Bagi Kesuburan Wanita

Vitamin E boleh meningkatkan mukus serviks di kalangan wanita, yang penting untuk membantu sperma untuk terus hidup selama beberapa hari pada satu masa. Vitamin E juga boleh membantu untuk mencegah kecacatan telur dan meningkatkan kesihatan telur keseluruhan di kalangan wanita yang boleh mengurangkan peluang kecacatan kelahiran dan keguguran. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa Vitamin E juga boleh memanjangkan fasa kitaran kesuburan wanita.

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:
Lebih tenaga (seksual)
Lebih mudah terangsang
Libido yang lebih kuat
Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.

Fungsi Vitamin E sebagai Vitamin Kesuburan:

Manfaat Vitamin E untuk Kesuburan wanita

Vitamin E mengandungi antibodi yang dapat melindungi sel telur pada wanita dan meningkatkan kesuburan sebanyak 20-30%. Selain itu, Vitamin E juga dapat membantu sperma tetap hidup serta  membantu untuk mencegah perpecahan membran selama masa kehamilan.

Fungsi & Manfaat Vitamin E Untuk Kesuburan Lelaki

Vitamin E biasanya disyorkan untuk lelaki bagi membantu masalah yang melibatkan kesuburan. Tahap Vitamin E yang rendah biasanya ditemui pada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Jadi, dengan menggunakan supplemen Vitamin E, lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka. Vitamin E boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma. Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil.

Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran. Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.

Kebanyakan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi.

Air mani lelaki (sperma dan cecair nutrien) yang dikatakan berkualiti apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani.

Jadi, untuk membantu si suami menghasilkan sperma yang berkualiti dan berkuantiti, ia memerlukan supplement atau makanan tambahan iaitu Vitamin E dan Zinc Complex.

(1) VITAMIN E + SELENIUM

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif

Kajian telah mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif.

Orang lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin e sehari mampu meningkatkan jumlah sperma mereka.

Terdapat kajian yang melibatkan 690 lelaki tidak subur yang menerima tambahan selenium dan vitamin e untuk sekurang-kurangnya 100 hari.

Hasil kajian mendapati :

52% - Meningkat mobiliti sperma dan morfologi
37% - Kehamilan secara spontan -ini berlaku kepada isteri mereka
11% - tiada keputusan - kemungkinan mereka mempunyai masalah lain.

Kesimpulan - tambahan selenium dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat pada kesihatan khasnya pada keaktifan sperma

(2) ZINC COMPLEX

Untuk suami, sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan mereka. Zinc Complex penting untuk pengeluaran sperma dan
memberi kekuatan kepada sperma.

Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

Selain itu, pengambilan zinc complex pada jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma . Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Catat Ulasan

 
Top