0

MEMANG kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.

Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.


Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki.

Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.
👉◍Keturunan : Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
👉◍Umur : Mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
👉◍Berdiri terlalu lama : Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
👉 Gemuk berlebihan : perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
👉◍ Kehamilan : Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
◍👉 Trauma kecederaan melibatkan vena, terutamanya di kaki.
👉◍ Darah beku dalam vena : Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
◍👉 Penyakit -penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti cirrhosis, lemah jantung, air dalam perut (ascitis).

Kebanyakan pengidap vena varikos tidak merasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka terdapat vena varikos.Sebahagian mereka yang mengidap vena varikos mempunyai simptom berikut:
👉◍Bengkak kaki
👉 Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.
👉◍Kerap terkena kejang otot.
👉◍Rasa gatal di sekitar vena yang terlibat.
👉◍Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
◍👉 Kudis di buku lali yang sukar baik.

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan.Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.

Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.

Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.


Tips Mengurangkan Masalah Vena Varikos (Urat Bersimpul)

1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.

2. Membuat senaman, terutamanya berjalan kaki.

3. Mengurangkan berat badan bagi mereka dengan berat badan berlebihan.

4. Elakkan berdiri atau duduk yang terlalu lama.

5. Apabila berehat, pesakit digalakkan meninggikan aras kaki lebih tinggi dari aras jantung untuk melancarkan aliran darah kembali ke jantung.


Cadangan Vitamin Shaklee yang Membantu Masalah Vena Varikos atau Urat Timbul

1. B-complex
B-complex dapat membantu masalah vena varikos. Vitamin B di perkaya dengan vitamin B9 atau asid folik, Vitamin B12 atau cobalamin dan vitamin B6 atau Pyrodixine dimana sangat perlu buat mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah urat atau saraf. Vitamin B3 juga penting untuk membaiki peraliran darah dalam vena dan arteri.

2. Vitamin C
Vitamin C ialah vitamin larut air, dan kita perlukan vitamin C untuk membantu pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan juga elastin yang mana membantu kulit untuk meregang. Pengambilan vitamin yang kurang boleh menyebabkan berlakunya atehrosclerosis, iaitu pemendapan plak dalam salur darah dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya strok dan sakit jantung.

3. Vitamin E
Vitamin E sangat penting bagi membantu untuk mengelakkan berlakunya urat simpul dengan mengalakkan pengaliran darah yang lancar melalui vena dan arteri. Vitamin E juga membantu mengelakkan platelet daripada melekat dan seterusnya terjadi salur darah tersumbat.


Testimoni Antarabangsa


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,

Saya perunding bertauliah anda

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : kulit_cantik_sihat_shaklee
PM kami di
www.facebook.com/messages/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


Catat Ulasan

 
Top