26.6.15

AWAS !! Bahaya Belian Produk Ubatan Secara Online

Trend terkini zaman sekarang, kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka membeli ubat-ubatan mereka secara online/atas talian melalui laman sosial facebook/instagram/blog dan sebagainya.

Akibatnya ada para pengguna yang mendapat kesan negatif dek akibat kesan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang.

Di sini saya kongsikan sedikit info yang saya dapat ketika mendengar Slot Tips Sihat Nasional FM - Belian Produk Ubatan Secara Online pada 25hb Jun 2015 pukul 12.15 tengahari. Semoga bermanfaat.


❌Masalah belian produk online - Testimoni rekaan, Tiada kajian klinikal
❌Risiko belian - Kualiti, keberkesanan tidak dapat dipastikan, ubat tidak berdaftar KKM.
.
Ubat berdaftar KKM.
-----------------------
✅ Produk kesihatan dalam negara juga luar negara, ada pengesahan KKM.
✅ Apa maksud pengesahan KKM?
.
❤Ubat Berdaftar KKM
1. Ada pendaftaran MAL yg bermaksud sudah dinilai oleh KKM dari segi bahan.
2. Mempunyai tag hologram
.
❌Ubat tak berdaftar KKM.
Tiada pendaftaran MAL, hologram yg asli.
Packaging sebiji mcm yg berdaftar, kos rendah tiada kualiti
.
.
Perbezaan ubat tulen dan tiruan
-------------------------------------
❌Ubat tiruan kilang yg xbersih, xda mutu, xda sistem operasi pengilangan yg baik, pencemaran bhn kimia

✔️Ubat yg baik - Operasi pengilangan yg baik yg ditetapkan. Ubat yg selamat, yg berkesan, yg berkualiti.


Cara nak semak kesahihan produk

Boleh check produk berdaftar di laman web
www.pharmacy.gov.my
Nombor pendaftaran yg tak wujud adalah produk tiruan atau tidak berdaftar
Decoder meditag utk pengguna check hologram di premis farmasi
.
.
Tindakan penguatkuasaan dalam menyekat iklan
--------------------------------------------------
✔️Pasukan pemantauan iklan perubatan media cetak elektronik
✔️Pemantauan dan siasatan produk atas talian/premis
✔️Tingkatkan pengetahuan/kesedaran pengguna
.
.
Kesan ubat tiruan
---------------------
❌Lihat kandungan ubat tiruan - kuantiti bahan aktif tinggi rendah/logam berat/bahan asing - akibatnya boleh merosakkan buah pinggang
❌Ada ubat terkawal yg bahaya - Contoh produk bahan kimia dahulunya utk mati pucuk tapi sebaliknya kini tanpa kawalan digunakan untuk pembesaran seks yang melampau - akibatnya tekanan darah rendah, pening pitam
❌Hyrokuinon dicampur dalam produk pemutih pencerah - kesan muka seperti terbakar, hyperpigmentasi, alergik pada matahari
❌Produk kulit amek masa untuk nampak kesan tapi kalau cepat, akan ada kesan pada muka dalam masa yang pantas
.
.
---------------
Dr. Morgan Ram, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
.
.
*** Feel Free to Share


Iklan Ubat-ubatan

Pengiklanan secara bertanggungjawab melindungi orang awam dengan mempromosi cara penggunaan ubat yang betul dan selamat.

Jika anda ternampak iklan ubat produk yang mengatakan ia merupakan ubat ajaib atau ubat miracle, adakah anda akan percaya?

Sila lihat sama ada iklan itu mempunyai nombor kelulusan KKLIU daripada Lembaga Iklan Ubat, Jika tiada, jangan percayai iklan tersebut!

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan memastikan anda membaca iklan mengenai produk-produk ubat yang:
✓ Tepat
✓ Dipercayai
✓ Diakui

Contoh Iklan Ubat yang DILULUSKAN adalah seperti di dalam gambar.


Kenapa Shaklee dijamin selamat, berkesan dan diyakini?

1. Nombor MAL

MAL nombor ni merupakan nombor siri yang digunakan oleh Biro Perkhidmatan Farmaseutikal Kebangsaan untuk mengenal pasti produk kesihatan yang telah berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda membeli produk kesihatan pastikan dahulu ada MAL nombor ni ye. So anda takdela ragu-ragu dengan produk tersebut. Bukan senang tau nak dapatkan nombor siri ni! Sangat strict dan susah ye :)

Cuba anda lihat pada label produk Shaklee. Ada kan nombor siri MAL tu?


Seperti yang kita sedia maklum semua produk ubat-ubatan di Malaysia diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL12015012NC) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

****so , semua produk shaklee bermula dengan MALXXXXXNC -N bermaksud suplemen kesihatan dan C bermaksud company berdaftar


Antara senarai Kelulusan KKM Produk Shaklee

Shaklee B COMPLEX WITH FOLIC ACID - MAL12035068NC
Shaklee CAROTO-E-OMEGA PLUS -MAL13035001NC
Shaklee CAROTOMAX – MAL11125035NC
Shaklee Chewable Vita-C Plus – MAL12095008NC
Shaklee Cinch T-Lift Mix – MAL12095003NC
Shaklee GLA COMPLEX – MAL12035070NC
Shaklee LECITHIN – MAL12015012NC
Shaklee OMEGA GUARD – MAL12015013NC
Shaklee Optiflora Prebiotic Complex – MAL12095002NC
Shaklee ZINC COMPLEX – MAL12035053NC
Shaklee COQHEALTH PLUS – MAL12055049NCR
Shaklee PHYTOCOL-ST – MAL13045016NC


Cara-cara untuk membuat semakan samada produk Shaklee ini mendapat kelulusan KKM atau tidak.

Masuk terus ke laman web BPFK :  http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm


Kelulusan KKM Produk Shaklee membuktikan bahawa Shaklee sentiasa menekankan produk yang pengguna ambil adalah selamat. Selama lebih 50 tahun Shaklee berada di pasaran, mereka telah melaburkan lebih USD 300 juta untuk bidang penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan.

Setiap botol produk Shaklee akan diseal dengan kemas untuk menjaga kualiti vitamin Shaklee. Dan anda juga boleh melihat nombor pendaftaran KKM yang turut di print di botol tersebut.

Antara maklumat lain yang terdapat pada botol Shaklee adalah cara pengambilan, tarikh dikilangkan dan tamat tempoh, Bahan dan juga kandungan nutrisi setiap kali anda menggunakan produk Shaklee.

Bukan itu sahaja, Shaklee juga telah mendapat kelulusan Halal dari pertubuhan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Maka sudah ada banyak sebab kukuh untuk anda mengatakan YES kepada Shaklee !!


Jika anda berada di sekitar daerah Sik dan Baling serta Perlis, anda boleh dapatkan produk shaklee secara COD. Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di dalam daerah Sik dan Baling serta kawasan sekitar Perlis.

Selain itu, pengeposan seluruh negara juga tersedia khusus untuk anda.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp: 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
FB : Kulit Saya Cantik dan Sihat Semulajadi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Continue Reading

19.6.15

Set Puasa Shaklee Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu Dan Pesakit Gastrik

Set Puasa Shaklee membantu ibu hamil, ibu menyusu dan pesakit gastrik mengurangkan keletihan, mengekalkan kecergasan dan tidak lesu sepanjang bulan agar dapat memanfaatkan setiap waktu dan saat yang ada dengan amal ibadah.

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan ibu hamil, ibu menyusu dan pesakit gastrik yang telah menggunakan set puasa Shaklee ini sepanjang berpuasa pada bulan puasa tahun-tahun lepas.

Inilah set puasa Shaklee yang banyak membantu ibu hamil, ibu menyusu, dan pesakit gastrik untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan kekal cergas sepanjang bulan puasa.


Set Puasa Shaklee Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu Dan Pesakit Gastrik seperti mana yang dikongsikan oleh

Zaza (Ibu Menyusu, Syaura baby baru 5 months ++, menyusu badan sepenuhnya)

"Rupanya penat berpuasa masa menyusu baby adalah 8 kali penat puasa time hamil. Zaza pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum dan takut letih sangat-sangat ke. Jadi Zaza pun beli Performance Drink.

Zaza start minum masa hari kedua, hari tu la hari Zaza tak puasa sebab Zaza rasa masa tu Zaza dehydrate kot tu yang pening-pening. Mana taknya, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur. Memang tak sempat nak minum air banyak-banyak.

Alhamdulillah sejak tu Zaza rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini. Tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. First day puasa lembik macam sotong"

note : Zaza beli Performance Drink hari ke-2 puasa, jadi memang rasa perbezaannya.

====================================
Puan Saadiah (berniaga dibulan puasa, menggunakan Set Puasa Shaklee)

"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sangat tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan-kawan"

====================================
Kunaz (Ibu kepada Irfan 3 months - menyusu badan sepenuhnya)

Sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal-awal hamil dulu (morning sickness teruk). Dulu kan jadual pumping saya start pukul 7 pagi lepas punch card. Sebelum pam, saya biasa minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, habis pam je saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali-kali decide nak berbuka, dari pukul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka.

Pastu saya diperkenalkan dengan Performance
Drink dari Shaklee. Performance Drink tu bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk memastikan badan saya kekal hydrated. Jadi saya takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. Hasilnya 3 hari pertama puasa memang mantap habis.

Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum Performance Drink hari-hari dan Alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tu.

====================================
Set Puasa Shaklee Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu Dan Pesakit Gastrik. Terbukti berkesan!


BAGAIMANA SET PUASA SHAKLEE MEMBANTU IBU HAMIL, IBU MENYUSU DAN PESAKIT GASTRIK?

Mari kita lihat apa yang ada pada setiap Set Puasa Shaklee ini dan bagaimana Set Puasa Shaklee bantu ibu hamil, ibu menyusu, dan pesakit gastrik berpuasa penuh.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

1. Mempunyai kandungan protein asli NON-GMO soya, 2 kali ganda kandungan protein dari daging
2. ESP bersifat rendah indek glisemik. Sifat makanan dengan indeks glisemik yang rendah ini adalah, proses pencernaan dan penyerapannya lebih lambat dan secara perlahan-lahan. Jadi ibu akan mendapat tenaga lebih lama semasa berpuasa.
3. ESP membekalkan tenaga berpanjangan, mengurangkan rasa lapar, sebagai milk booster bagi ibu menyusu, malah turut mencantikkan kulit
4. ESP diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. ESP juga dapat mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.

=======================
PERFORMANCE DRINK (PD)

Merupakan minuman isotonik semualajadi dan tidak berkarbonat. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu PD juga :
1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
3. Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

=======================
MEALSHAKE

1. Membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.
2. Didatangkan dengan perasa vanila sangat bagus untuk anak-anak yang mengalami sembelit, dan kurang selera makan.
3. Kandungan proteinnya juga akan membantu mengurangkan rasa lapar dan lebih bertenaga sepanjang berpuasa.
4. Bagus untuk anak-anak yang sedang belajar berpuasa.


Set Puasa Shaklee Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu dan Pesakit Gastrik Untuk Berpuasa Penuh.


Anda Ibu Hamil, Ibu Menyusu atau Pesakit Gastrik Yang Berminat Untuk Berpuasa Penuh?

Jangan risau Set Puasa Shaklee Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu dan Pesakit Gastrik Untuk Berpuasa Penuh. Sentiasa Berkesan.


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


Continue Reading

18.6.15

[TIPS] Ramadhan Yang Bertenaga

Alhamdulillah akhirnya kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.

Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan detoks atau menyah-toksin tubuh.


Orang kata perut sarang penyakit. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai “racun” yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.

Dengan berpuasa juga, toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga.

Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat dan pencegahan barah usus.


Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dan membuatkan kita mudah dapat serangan penyakit dek peningkatan citarasa.


Justeru, pemilihan makanan seimbang ditambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit.

Berikut kami kongsikan saranan pengambilan produk Shaklee di bulan puasa!


Waktu Berbuka Puasa – Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar Ramadhan.

Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Drink (PD) dan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.


Sebelum Tidur – Amalkan segelas ESP berserta Vitamin lain seperti VitaLea, B Complex, Vita C Plus serta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelakkan penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan minum air ketika bersahur dan semasa berbuka.

Waktu Bersahur – Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun, memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur, gabungan minuman Performance Drink dan ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Juga jangan dilupakan Alfalfa untuk program detoksifikasi anda!


Di bulan Ramadhan, minuman tonik Vivix sangat membantu.

Fungsi Vivix yang banyak dan yang penting ia bertindak dari sel yang terkecil dalam tubuh manusia, membaiki, memberi tenaga dan banyak lagi fungsi lain yang akan saya terangkan nanti.

Vivix sebenarnya ialah campuran botanik daripada tunbuh-tumbuhan yang kaya dengan sifat anti oksida, dan ramai menggelarnya produk anti penuaan. Bahan utama termasuk:

1. Muscadine Grape
2. European Elder Berries
3. Purple Carrot
4. Polygonum Cuspidatum

Nilai tumbuh-tumbuhan botanik ini sangat mahal harganya dipasaran sebab khasiatnya yang tinggi terutama untuk anti penuaan dan anti oksida. Sebagai contoh, Muscadine Grape di Malaysia kira-kira RM100 untuk 100gm. Mahal sangat!!!

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak , tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun - tahun membuat kajian, saintis menemui :

✻ Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada resveratrol yang terdapat dalam wain merah.

Tapi takkan lah kita as muslim nak minum wain kan. Oleh itu alternatif terbaik adalah dapatkan VIVIX tanpa alkohol. Vivix disahkan HALAL oleh badan Islamic Service of America, badan pengeluar kebenaran Halal yang diiktiraf olah JAKIM Malaysia.


Puan Balkhis Hamid : Berpuasa pada waktu yang lebih panjang dari biasa >12 jam (lokasi : luar negara) mengandung malah menyusukan anak pada waktu yang sama.

Dengan pengambilan suplemen, saya dapat berpuasa penuh, kurang dehydrate dan mampu menyusukan anak tanpa sebarang masalah.


Puan Jamie Arisa : Beliau mengganti puasa Ramadhan dalam bulan Syaaban, selain set Mighty 3 Gems, beliau juga mengambil Cinch Shake serta 7 biji kurma.

Perubahan beliau, beliau rasa lebih bertenaga dan kurang haus berbanding tahun sebelumnya.


Puan Nor Fahidayu Masran : mampu menyusukan anak sepanjang bulan Ramadhan walaupun terpaksa bekerja di luar pada waktu itu. Malah kuantiti susu perahan beliau tetap sama seperti di bulan lain.


Puan Khadijah Mohd Zin : berkongsi testimoni pelanggan beliau yang berpuashati dengan set ini di mana antaranya rasa lebih bertenaga ketika berterawih.


Puan Khadeejah Hasmad : suaminya berkongsi perasaan kagum melihat isterinya mampu mengganti puasa selama 9 hari dan dalam masa yang sama juga menyusukan anak mereka yang ke-2 dan melayan anak sulung yang sedang lasak tanpa merasa letih berbanding tahun sebelumnya.

Itulah antara perkongsian pengalaman pengguna-pengguna dan pengamal set Mighty 3 Gems yang sangat berpuas hati kerana mereka mampu berpuasa sambil bekerja di luar kawasan, menyusukan anak, melayan anak, mengandung, berpuasa pada masa yang lebih panjang dengan lebih bertenaga dan cergas.


Set Ramadhan Shaklee

Berminat untuk mencuba? Boleh klik button di atas untuk membuat pesanan.


Pengedar Sah Shaklee

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


Continue Reading

12.6.15

5 Bantuan Kehamilan Untuk Para Wanita


Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik



Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber: American Medical Association 2011)

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi



Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium



Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu



Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D


Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.


Berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.

 Set Hamil Shaklee

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading