1

Ramai para bakal ibu menyatakan di awal kehamilan mereka, mereka selalu rasa sakit perut. Malah di awal kehamilan saya dahulu dan sekarang pun, saya rasa sakit perut yang memulas-mulas. Rasa macam nak period tapi takda apa-apa pun. Dah tu seolah-olah nak terkeluar isi perut. Sebenarnya, betul kah tanda sakit perut ni kerana hamil?

1. Sakit Pada Bahagian Tengah Perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.

2. Sakit Pada Bahagian Bawah Perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.

Selain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.

3. Kembung Perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.

Selalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

4. Kejang Perut

Kebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.

Cara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil
  • Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.
  • Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.
  • Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.
  • Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.
  • Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.
  • Cukupkan masa untuk anda beristirahat. - sumber wom.my
Berita baik jika anda disahkan hamil kerana pada bulan Mei ini, Shaklee menawarkan potongan 5% ke atas set prenatal


Tambah menarik jika anda mendaftar ahli RM 79.00 bulan ini. Dengan serta merta anda akan mendapat 1 botol multivitamin Vita-Lea secara PERCUMA

Tertanya-tanya siapa yang pernah menggunakan prenatal set?

Mungkin anda belum tahu bahawa Leuniey, isteri Apek penajga gol Kelantan, juga turut menggunakan prenatal set sepanjang hamil anak sulung mereka.



Nak menikmati discount 20-30% harga produk? Semestinya boleh. Dengan register ahli Shaklee. Hanya RM 79.00 seumur hidup

Berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.

 Set Hamil


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Bagus banget artikelnya, saya penggemar setia blog ini hehehehehe

    BalasPadam

 
Top