1

Kawan-kawan, selalu kita dengar apa-apa produk ni diuji pada tikus dan haiwan lain, kan? Katanya tikus ni mirip dengan kita manusia. Sebab tu lah apa-apa ujian mesti akan menggunakan tikus. Sebaliknya dengan Shaklee, ianya diuji pada manusia.


Seperti mana dalam gambar, itu adalah barisan saintis Shaklee yang para leader group Shaklee Umi jumpa dalam lawatan ke ibu pejabat Shaklee Corporation di Pleasanton, California bulan lepas. Para saintis ni lah yang terlibat dalam menjayakan ujikaji klinikal,kajian (R&D) untuk produk baru dan lama.

Kalau kawan-kawan nak tahu,
  • Shaklee telah berada selama 55 tahun dalam pasaran suplemen
  • Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
  • Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
  • Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD untuk ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)
Kalau nak ikutkan Shaklee tak wajib buat clinical test (ujian klinikal) sebab produk Shaklee ni suplemen. Hanya ubat yang wajib buat ujian klinikal. Sebab tu tak semua pengeluar melakukannya (kerana ianya membabitkan kos yang sangat tinggi untuk melakukan ujikaji klinikal).

Tapi Shaklee buat jugak ujian klinikal. Kenapa? Sebab Shaklee keluarkan sesuatu produk bukan suka-suka atau hanya untuk tempoh masa yang singkat semata-mata. Shaklee nak pastikan kualiti dan hasil terbaik.

Jadi Shaklee ada bajet untuk buat ujian klinikal. Pulak tu ujian klinikal bukan kat tikus tapi kepada manusia. Kalau produk tak elok, bila 1000 orang yang consume, rasanya 1 orang je yang survive. Dan sure lah dah lama produk ini berkubur tapi kenapa dah bertahan lebih 55tahun.

Itulah perbezaan Shaklee.

1. Banyak brand tersohor tidak menepati standard seperti yang di tulis pada label kandungan nutrisi produk mereka.

Jika kita lihat laporan di New York Times baru-baru ini, FDA telah membuat ujikaji ke atas beberapa brand supplement yang tersohor dan mendapati bahawa sekurang-kurangnya 4 daripada 5 produk yang dijual tidak mengandungi apa yang tertulis di label.

Ia juga mengandungi herba yang merbahaya dan bahan fillers murahan yang berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan dan alahan terhadap pengguna. Syarikat-syarikat tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkuatkuasa serta merta.



Kita memang perlu concern sebenarnya dengan supplements yang kita ambil. Jangan main hentam sahaja.

GNC, Target, Walgreens and Walmart adalah antara jenama yang dikenalpasti berpotensi memberikan kesan negative terhadap kesihatan pengguna. Anda boleh baca penerangan selanjutkan di :

http://www.msn.com/en-us/news/crime/new-york-attorney-general-targets-supplements-at-major-retailers/ar-AA8VmjN?srcref=rss

Lihat --> Betapa industri dan syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kita sebagai pengguna!.

Pernah ada seorang sahabat saya yang berpeluang untuk berjumpa dengan seorang pakar farmaseutikal di Taiwan yang bertugas dengan kerajaan di sana untuk memeriksa kandungan setiap supplements dan supplements sebelum di pasarkan di Taiwan, mereka mendapati adalah normal jika kandungan supplements lebih rendah dari apa yang di labelkan di botol kerana memang banyak syarikat yang bersifat sedemikian. Tidak telus. Ala-ala mencuri timbangan.

Contoh jika Vitamin C dilabelkan 500 mg, pada hakikatnya biasanya akan lebih rendah dari apa yang ditulis, tetapi jika masih 50% dari kandungan, piawai masih boleh di terima untuk dipasarkan.

Kita bayar untuk 500mg tapi dapat hanya untuk 250mg. Tak adil kan?

Dan beliau atas inisitif sendiri membuat ujian ke atas Multivitamin Shaklee (Vitalea), just nak tengok kualiti terbaik yang diperkatakan, dan dia sangat terkejut kerana apa yang ada di label adalah sama dengan apa yang ada di dalam tablet yang diuji.

Shaklee delivered what has been stated. Dan off course, semenjak dari itu dia menjadi penguna produk Shaklee semenjak dari itu. It worth the money.

2. Terdapat bahan merbahaya atau dadah yang disembunyikan dalam produk kesihatan

Tadi menipu. Ini pula lagi merbahaya. Membunuh dalam senyap!

Saya pernah ada seorang client saya bertanya tentang supplements kurus yang sangat hot pada waktu tu – Acai Beri. Penuh testimoni di fb menunjukkan pengguna yang tak berdiet dan tidak bersenam turun 20kg sebulan dan sebagainya.

Dia tunjukkan pada saya botol tu dan saya baca, di situ hanya tertulis jenis-jenis herba yang ada dan jika hanya mengikut label, saya berpendapat tidak ada masalah untuk digunakan.

Hanya kandungan dari buah-buahan. Ok apa? Nutrisi yang bagus tetapi saya masih pelik, mana boleh makan phytonutrients sahaja boleh kurus mudah sebegitu rupa?


Mesti ada something yang menyebabkan berat boleh turun giler-giler macam tu. Produk tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji dan ternyata laporan menunjukkan ia mengandungi bahan kimia jenis Sibultramine – sejenis dadah yang telah diharamkan penggunannya untuk slimming.

Nah? Tak tulis pun di label tu ada Sibultramine! Menipu kan namanya tu?


Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar nadi, mengganggu fungsi jantung dan saraf, dan seterusnya boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, strok dan kematian.





Dah ada yang mati, baru kelulusan di tarik balik? Huhu.. apa cerita? Kalu kita yang mati, nyawa tu baoleh ganti balik? Haru betul kan?

http://www2.hmetro.com.my/articles/Produkacaiberiberacun/Article/

Tak berbaloi rasanya mengeluarkan duit tapi merosakkan diri sendiri. Hilang nak kurus, mati jadinya. Sadiss!

Nak kurus ke, Nak PUTIH ke, Nak cantik ke hatta nak sihat pun perlu ada ilmu.

Perlu berhati-hati dengan apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita.

Nasihat tulus ikhlas dari saya - Jangan makan ikut trend. Makan ikut apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pilih yang berkualiti tinggi. Luangkan masa untuk melihat dan meninjau sedikit apa yang kita ambil dan kita laburkan untuk kesihatan.

3. Banyak supplement tidak melalui ujian klinikal

Tak guna bayar supplements bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang! Kita mahu yang terbaik untuk kesihatan, biar tua dan sihat.

Dan salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).

Dan kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakkan syarikat fokus pada mempromosikan produk.

Jika bayar artis sebagai duta sahaja dah banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dan berjuta biaya. Kualiti Produk? Ntah nombor berapa.


Tetapi supplement pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses products, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tak ada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.

Tetapi, ini masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan then baru produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan supplements sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun juga ada yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.

Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai supplements yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya dipertemukan dengan Shaklee lebih 10 tahun lepas sepertimana yang saya perkongsikan di http://www.drmalinda.com/2013/09/my-shaklee-story.html.

Saya bukan taksub pada jenama Shaklee tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.

They walk their talk : Always Safe, Always Work, Always Green. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana if it is not work or not safe or harm to nature --> bila-bila masa sahaja ada posibilities kena saman.

Dalam 10 tahun bersama Shaklee, banyak kali produk tidak di keluarkan kerana bahan mentah tidak mematuhi piawaian. GLA pernah tidak dikeluarkan kerana kualiti tidak mencapai standard yang tertinggi. Biar rugi, yang penting kualiti tertinggi terjaga. Mereka nak pastikan kita makan yang terbaik sahaja.

Banyak syarikat, tak de ujian apa-apa pun, suruh kilang orang lain buat, letak jenama sendiri, kualiti ntah ke mana, yang penting boleh jual.

Salah satu kajian yang saya respects iaitu kajian ‘berani mati’ yang menyebabkan saya rasa jika saya ada company sendiri pun belum tentu sanggup nak buat.

Kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, mereka tidak ada kena mengena dengan Shaklee dan jika keputusan baik atau buruk akan dipublish dan seluruh dunia akan mengetahuinya.


Kajian Landmark ini bertujuan untuk melihat tahap kesihatan pengguna-pengguna supplements Shaklee yang telah menggunakan rangkaian produk Shaklee lebih dari 20 tahun berbanding individu yang tidak mengambil supplement dan individu yang menggunakan jenama lain.




Dr. Gladys Block, world class scientist bersama team saintis di School of Public Health, University of California, Berkeley menjalankan kajian ini. No hanky panky. Keputusan tidak boleh dibeli.

Jika keputusan pengguna Shaklee lebih teruk berbanding yang tak makan supplement, mahu bungkus company. Sebab tu saya kata memang kajian seperti ini berani mati. Hanya yang betul- betul confident dengan produk mereka sahaja berani keluar duit untuk kepastian ini.

Cuba anda tanya dengan pemilik-pemilik syarikat supplement yang menjual pelbagai produk kesihatan, berani tak mereka keluarkan jutaan untuk tujuan memastikan produk mereka selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Cer tanya.

So far, Shaklee satu-satunya syarikat supplements yang telah membuat kajian jangkamasa panjang seperti ini - Landmark study.

Nak tau keputusan kajian?


Cuba anda perhatikan keputusan di atas.

Ada 3 kumpulan :
1. Pengguna Shaklee (lebih dari 20 tahun)
2. Pengguna Multivitamin (jenama lain)
3. Tidak mengambil supplements langsung.

Dan, jika anda perhatikan, di antara tiga kumpulan kajian golongan yang berisiko tinggi untuk penyakit kronik adalah bukan golongan yang tidak makan supplement tetapi golongan yang menggunakan multivitamin pelbagai jenama!

See? Menggunakan supplement meningkatkan risiko penyakit kronik. Lebih baik tak payah makan. Betul?

Tetapi surprisingly, kumpulan pengguna Shaklee menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Risiko penyakit kronik seperti jantung, diabetis, storke and sebagainya jauh lebih rendah berbanding dua golongan tadi. So, jelas menunjukkan bahawa Shaklee selamat digunakan untuk jangkamasa panjang. Proven by scientific data.

Anda boleh baca kajian landmark ini lebih lanjut di link http://www.nutritionj.com/content/6/1/30#


Pengguna Shaklee mempunyai tahap lemak Trigeliserida dan Hs-CRP yang paling rendah. Bacaan ni memang perlu rendah ye sebab kalau tinggi menunjukkan badan kita mempunyai radang yang tinggi dan meningkatkan risiko untuk semua penyakit kronik.

Sebab itulah mereka yang menggunakan Shaklee lebih dari 20 tahun semakin sihat dan nampak awet muda sentiasa - drmalinda.com

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Terima kasih atas ulasan yang panjang lebar... setiap perkataan saya baca... saya mula berminat pada Shaklee dan berura2 untuk menggunakannya... kempen hebat dan benar berlaku di sana sini dan bukan sebab terkesan tapi merasakan ada benarnya....

    BalasPadam

 
Top