2

Pernahkah anda secara tiba-tiba terasa ada sesuatu benda hidup bergerak-gerak di kulit wajah dan kemudian gatal-gatal pada kulit di waktu malam? Mata anda kemudiannya turut terasa gatal dan anda asyik sedap menggosok mata tanpa sedar mata anda sudah kemerahan!

Jika ya, TAHNIAH! Anda sudah terpilih menjadi hos pemberi nutrisi kepada kuman resdung!

Kuman resdung ini atau nama saintifiknya Demodex adalah sejenis parasit yang hidup di dalam sel-sel kulit terutama di dalam liang pori-pori kulit dan folikel rambut. Demodex boleh memusnahkan kukit wajah kita dengan teruk terutamanya apabila kita berada di pertengahan usia. Ini kerana pada had umur ini, sistem imun telah lemah dan populasi demotex makin meningkat.

Ulat Resdung Demodex

Terdapat 2 jenis demodex yang hidup di kulit manusia iaitu
1. Demodex folliculorum - panjang, hidup di folikel rambut
2. Demodex brevis - pendek, hidup di sebaceous glands.


Demodex aktif di dalam kulit manusia terutama bahagian permukaan muka, telinga dan hidung. Demodex akan menyebabkan penyakit kulit seperti jerawat, kulit kemerahan, bernanah dan gatal-gatal.

Saiz demodex dewasa di antara 0.3 mm-0.4 mm panjang dan bentuk fizikal yang unik dan menakutkan berwarna separa nampak (semi transparent). Demodex mempunyai mulut yang seperti pin yang tajam, mempunyai 8 kaki dan
ekor. Makanan demodex ini adalah sel kulit, hormon dan minyak yang di kumpulkan oleh folikel rambut.

Demodex juga akan bergerak perlahan-lahan di atas kulit dengan kelajuan 8 cm-16 cm per jam terutama pada waktu malam dan ia juga akan cuba mengelak daripada cahaya. Demodex akan membiak dengan bertelur dengan banyak di
dalam liang-liang pori dan folikel rambut manusia. Tempat-tempat ini sangat sesuai kerana membekalkan makanan dan persekitaran yang sesuai kepada Demodex.

Jumlah demodex bertambah mengikut kadar usia. Kulit muka menjadi gatal-gatal, rambut gugur berkelemumur, berjerawat, nafas berbau dan berpenyakit kulit.


Demodex folliculorum pertama kali dikatakan oleh Berger pada tahun 184 dan demodex Brevis dijumpai pada kukit manusia pada tahun 1963

Zhao Zhongzhou, seorang doktor, mempunyai pengalaman selama 40 tahun sebagai doktor bedah di dalam the People’s Liberation Army, berkata;

Berdasarkan kajian beliau terhadap pakar perubatan dalam banyak tahun dan diagnosis klinikal selama 30 tahun, beliau berpendapat penyakit kulit adalah disebabkan oleh Demodex.

Kajian perubatan telah membuktikan bayi yang baru lahir adalah bebas daripada penyakit ini namun mereka akan dijangkiti apabila berhubung secara fizikal dengan orang dewasa yang menghidapnya melalui ciuman, pelukan, kain tuala dan sebagainya.

Semakin mereka membesar, bayi tersebut akan berhubung dengan lebih ramai orang yang telah dijangkiti. Ini bermaksud peluang Demodex untuk membiak lebih tinggi!

Walaubagaimanapun, hanya 10% daripada 60% daripada jangkitan ini akan berkembang menjadi penyakit. Individu dengan sistem imun yang tinggi tidak mempunyai reaksi negatif terhadap Demodex.

Menurut kajian, apabila tubuh kita dijangkiti, Demodex akan menjadi parasit, kebanyakannya di sebum folikel muka di mana sentuhan berlaku dengan kerap, sebaceous glands berkembang dengan baik dan suhu yang sempurna.

Demodex akan menyerap nutrisi, meninggalkan sisi buangan, membiak dan bertelur. Dalam masa 15 hari generasi baru dilahirkan. Demodex induk mati dan tertanam di dasar kulit.


Cara untuk menghilangkan Demodex?

Doktor Zhao mencadangkan pengambilan 5-10mg vitamin B2 (riboflavin) sebanyak 3 kali sehari dan dalam masa yang sama ambil produk untuk meningkatkan sistem imun.

Beliau berkata walaupun simptom Demodex dirasakan hilang, jangan berhenti merawat. Ini kerana 90 hari diperlukan untuk merawat Demodex folliculorum dan 120 hari sekurang-kurangnya untuk Demodex brevis.

Cadangan saya untuk masalah Demodex semestinya dengan

1. ALFALFA COMPLEX (330 biji RM 53)
– Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
– Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegatal
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.

2. B-COMPLEX (120 biji RM 53)
– B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
– Membantu dalam pembinaan protein dalam
tubuh
– Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
– Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

3. VITAMIN C (180 biji RM 92.50)
– Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
– Menstabilkan pengeluaran histamin dalam
tubuh
– Membantu mencegah penyempitan tiub
bronkiol
– Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
– Meningkatkan pertumbuhan tisu.


Berminat untuk cuba? Hubungi

Umi Nazrah
Pengedar Sah Shaklee
ID 869539
Whatsapp 0194320059
PM www.facebook.com/messages/cantiksss

Catat Ulasan

  1. Fuyooo... entry ni mengerikan saya lah... mujur baik saya dah makan semua produk2 tu... terima kasih bebanyak

    BalasPadam
  2. takutnya tengok... saya pun selalu jgak rase ada benda yg merayap kat muka... skrg ni tgh amalkan suplemnt yang sesuai...

    BalasPadam

 
Top