1

Apa yang menyebabkan bau mulut atau ‘morning breath’? Sewaktu kita sedang lena atau tertidur, banyak bahagian dari tubuh kita yang berhenti atau bekerja dengan perlahan-lahan dan kelenjar saliva (air liur) merupakan salah satu daripadanya.

Saliva memainkan peranan penting untuk melawan nafas yang tidak segar kerana kaya dengan oksigen dan ia dapat membunuh bakteria anaerob. Saliva juga berperanan untuk menyingkirkan sisa-sisa makanan dari dalam mulut, sewaktu saliva ditelan. Dengan berkurangnya jumlah saliva ketika tidur, jadi kadar oksigen akan berkurangan dan kitaran saliva untuk membersihkan sisa makanan dari mulut juga turut berkurangan.

Untuk menghilangkan bau mulut, ada satu perkara yang wajib anda lakukan sebelum tidur iaitu memastikan mulut anda sudah bersih daripada plak dan sisa-sisa makanan yang melekat di dalam mulut. Sisa-sisa makanan tersebutlah yang menjadi ‘bahan bakar’ pembiakan bakteria. Bau mulut sememangnya boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan berasa serba tak kena ketika berbicara. Antara tips yang boleh anda lakukan adalah

1. Rajin Memberus Gigi
Anda perlu pastikan tiada sisa-sisa makanan di dalam mulut. Anda perlu rajin memberus gigi serta melakukan flossing pada celahan gigi. Pastikan anda melakukannya paling kurang dua minit. Jika kurang daripada itu, jadi tidak hairanlah mengapa anda mengalami bau mulut.

2. Membersihkan Lidah
Menurut beberapa kajian, ternyata lidah adalah bahagian yang paling kotor. Ini bermakna ketika memberus gigi, jangan abaikan menggosok bahagian tersebut supaya bakteria-bakteria yang ada pada lidah dapat keluar dari dalam mulut anda.

3. Minum Banyak Air
Jika anda terlupa untuk memberus gigi, maka alternatif lain yang dapat anda gunakan adalah dengan perbanyakkan minum air putih. Air putih akan membantu memperbanyakkan pengeluaran air liur untuk membunuh bakteri apenyebab bau mulut.

4. Pastikan Ada Gula-Gula Getah Mint
Jika anda seorang yang sibuk dan banyak berkomunikasi dengan orang ramai, pastikan anda mengunyah gula-gula getah mint. Ia berguna untuk membantu menghilangkan bau mulut anda walaupun cuma sesaat, tetapi cukup membantu anda.

5. Jauhi Makanan Berbau
Beberapa jenis makanan memiliki rasa yang enak, namun dapat memberikan efek pada bau mulut anda. Beberapa makanan tersebut adalah daging, bawang merah dan bawang putih. Fikirkan bahan makanan pengganti menu tersebut agar anda terhindar daripada masalah bau mulut yang cukup menyengat!

6. Hindari Minuman Berbahaya
Beberapa jenis minuman berbahaya bagi tubuh juga memberikan efek buruk terhadap bau mulut anda. Beberapa minuman tersebut seperti minuman beralkohol, soda, dan kopi dapat menurunkan kadar Ph di dalam mulut dan membantu kemunculan bakteria yang semakin tinggi.

7. Hindari Rokok
Anda yang merokok akan memiliki bau mulut yang sama, diakibatkan oleh asap rokok tersebut. Bau nafas seorang perokok tidak mudah hilang begitu saja. Jadi, sebaiknya anda mencegah daripada merokok sepanjang waktu. - wom.my

8. Pengambilan Suplemen Semulajadi
Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau. Alfalfa juga dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan dan bau nafas mulut.

Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria. Garlic Shaklee diproses secara semulajadi dibawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab, nafas berbau namun tablet garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau.

Herblax – Seperti yang kita ketahui masalah nafas berbau juga berpunca daripada kesukaran membuang (sistem pencernaan yang kurang baik) Herb-lax Shaklee baik untuk pembersihan usus.

Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus




Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk mencuba set resdung.



Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Salam singgah semula!

    Kalau mulut berbau memang down terus keyakinan diri. Nak bercakap dengan orang pun rasa malu-malu. Reaksi yang sedikit berbeza daripada orang lain pun boleh buat kita terasa. Kena jaga kebersihan mulut dan gigi jangan sampai berbau :)

    BalasPadam

 
Top