1
Sebenarnya kaum lelaki juga mempunyai masalah kesuburan. Malahan masalah kesuburan lelaki adalah lebih serius dari kaum wanita. Terdapat tiga punca utama masalah kesuburan lelaki iaitu:

1. Pra testikular
Pra testikular terjadi disebabkan oleh gangguan hormon. Walaupun buah zakar anda tiada masalah dan normal namun ia tidak terangsang dan sekaligus tidak mampu menghasilkan sperma.

2. Testikular
Testikular pula adalah satu keadaan dimana terjadinya kerosakan sel pada buah zakar. Kerosakan ini mendatang kesan kepada penghasilan sperma yang tidak sihat.

3. Post testikular
Tahap ini merupakan situasi yang lebih kritikal di mana anda mampu menghasilkan sperma secara normal tetapi ia langsung tidak mampu untuk berejakulasi semasa melakukan hubungan intim.

Kualiti Sperma

Sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan lelaki tetapi kaum lelaki perlu tahu faktor apakah yang boleh mempengaruhi kualiti sperma serta apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan juga faktor apakah yang memberikan kesan pada hormon testosterone.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu!

- Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Jika anda seorang perokok, sila berhenti merokok kerana asap rokok boleh mengganggu kesuburan anda dan isteri.

- Kurangkan Stres
Stres yang terlalu tinggi boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormone di dalam tubuh badan anda. Termasuklah hormone yang membantu dalam menghasilkan sperma.

- Elakkan Minuman Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol sememangnya dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Namun, sebagai orang Islam sudah tentu kita diharamkan dari mengambil minuman beralkohol.

- Mengamalkan Pengambilan Makanan Tambahan
Dapatkan makanan tambahan yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, Cenzyme Q10, zink dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma bagi kaum lelaki.

- Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas adalah kurang baik untuk kesuburan lelaki kerana ia menyebabkan kilang penghasilan telur menjadi panas dan mematikan sperma.

Elakkan dari menggunakan laptop di atas riba kerana ia boleh mengganggu ksuburan lelaki disebabkan oleh penghasilan haba yang dihalakan ke arah bahagian sulit lelaki.

- Elakkan Dari Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi
Sinaran x-ray dan juga bahan kimia lain seperti racun serangga dipercayai boleh mengganggu penghasilan sperma dan menjadikan anda tidak subur.

- Jangan Memakai Seluar Atau Seluar Dalam Yang Ketat
Seluar dalam dan juga jeans yang ketat akan memberikan masalah pengudaraan terhadap bahagian alat sulit anda.

- Kekalkan Berat Badan Yang Ideal
Bagi lelaki yang terlalu kurus atau terlalu gemuk anda berkemungkinan untuk mempunyai masalah kesuburan lelaki. Golongan ini mempunyai kandungan sperma yang rendah serta akan menghasilkan sperma yang cacat.

- Jangan Mengambil Dadah Secara Haram
Penyalahgunaan dadah dapat menyebabkan sperma mati kerana ia boleh mengecutkan kilang sperma dan menghilangkan tahap kelakian seseorang lelaki.

- Dapatkan Khidmat Pakar
Anda boleh mendapatkan khidmat pakar jika masalah kesuburan lelaki terus menyelubungi anda.

- Jauhi Hubungan Seks Secara Rambang
Amalkan seks yang bermoral mengikut landasan agama bagi menghindari dari diserang oleh penyakit kelamin yang dasyat seperti kencing bernanah atau serangan kulat pada alat sulit anda.

- Lakukan Aktiviti Fizikal
Amalan gaya hidup yang sihta pastinya membuatkan tubuh bertambah sihat. Jadi, rajin-rajinlah bersenam dan bersukan.




Berminat untuk mencuba? Boleh klik button di bawah untuk membuat pesanan.


Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. saya rasa agak confuse tengok gambar tu... dia beritahu degupan jantung lebih laju? lebih laju dari dulu atau lebih laju dari normal? sebab saya baru saja diberitahu doktor, degupan jantung yg laju adalah kurang baik, bermakna jantung sedang berkerja lebih... saya andaikan dia memberitahu pada masa dia santai dan bukan bersukan... kalau bersukan tu logik

    BalasPadam

 
Top