0

Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semulajadi untuk mengeluarkan sekaligus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detox’.

Sebelum ketahui cara nak buang racun, ketahui dulu jadual tubuh membuang racun:

1. jam 21.00 – 23.00 malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Selama durasi waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau mendengarkan muzik. Jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. jam 23.00 – 01.00 dinihari terjadi proses detox di bahagian hati

3. jam 01.00 – 03.00 dinihari proses detox di bahagian hempedu, juga berlangsung dalam kondisi tidur.

4. jam 03.00 – 05.00 dini hari terjadi detox di bahagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk selama temoh waktu ini. kerana proses pembersihan (detox) telah mencapai saluran pernafasan, maka takperlu minum obat batuk agar tidak merintangi proses pembuangan kotoran.

5. pagi pukul 05.00 – 07.00 detox di bahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan.

6. pukul 07.00 – 09.00 pagi : waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi harus makan pagi/ sarapan.

Bagi orang yang sakit sebaiknya makan awal pagi iaitu sebelum pukul 06.30 -07.30 pagi sangat baik untuk kesihatan

11 Cara Mudah dan Selamat Buang Racun Daripada Tubuh

1) Jangan Lupa Minum Air Putih
Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2) Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

3) Secawan Teh Setiap Hari
Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.

4) Lobak Merah
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5) Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari
Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.

6) Khasiat Buah Anggur
Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.

7) Makanlah Buah Betik
Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.

8) Makanan Berserat
Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.

9) Jus Lidah Buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.

Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.

10) Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain. - wom.my

11) Alfalfa Complex setiap hari setiap pagi
Alfalfa Complex adalah salah satu sumber fiber. Alfalfa Complex diambil sebelum tidur. Ini adalah untuk memenuhi kehendak jadual waktu pembuangan racun daripada tubuh.

Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

Bab yang ‘melabur’ tu memang betol. Bagi wanita yang baru bersalin akan selalunya mengalami masalah sembelit dan pengambilan fiber (Alfalfa) + Lecithin memang sangat-sangat membantu.

Yang bestnya ALFALFA ni memang dia cuci usus. Seminggu dua pertama tu najis memang warna hitam la. Saya ingat masa amalkan detox dengan Juvanex dulu macam tu juga. Jadi terbukti ALFALFA COMPLEX ni berkesan untuk detox usus kita dari toksin yang telah menyerap dalam badan kita.
Tenaga badan ok lepas makan ALFALFA ni, badan pun takde berbau bila berpeluh. Tapi healing crisis ni lambat juga nak hilang sebab ALFALFA ni. Lepas dah tak migraine, jerawat-jerawat halus pulak naik kat dahi. Tapi saya konsisten minum air 2-3 liter sehari sampai la hilang jerawat-jerawat ni. Sebulan juga la. - myvitaminsadventure.wordpress.com

Bagi pengguna kad direct debit atau kredit kad, boleh klik button di bawah untuk buat pesanan.



Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top