2

Umi tak pernah terfikir malah terbayang nak berniaga, ada apa-apa perniagaan yang Umi jalankan. Dulu masa memula kerja kat Pusat Internet 1Malaysia, memang ada terbuka hati nak berniaga topup tapi dek kerana ada kedai berdekatan yang jual topup jugak, terus la Umi jadi patah semangat. Hehehe. Masih belum kuat semangat juang barangkali masa tu. Akhirnya bila Umi dalam pantang dan cari penyelesaian untuk masalah sembelit sampai berdarah sebab makan serbuk jamu, Umi terjumpa dengan Shaklee. Makan punya makan sampai satu saat memang dah jatuh cinta sesangat. Kiranya kalau manusia ni, dah rasa nak kawin la. Haa gitu perumpamaan dia.


Umi amek keputusan berkahwin jugak akhirnya dengan Shaklee setelah hampir setahun consume dan rasa perubahan produk ni pada tubuh badan Umi. Bila dah jadi ahli Shaklee ni, Umi tengok kat secret group cara upline dan sideline sharing kebaikan dan manfaat produk Shaklee ni telus dan ikhlas sangat. Kebanyakan sharing adalah daripada hati dan sistem yang ada oleh upline tu sangat berkesan dipraktikkan. Masa tu bila sharing pasal manfaat yang Umi dapat consume produk Shaklee, ramai yang masih tak tahu sebab ketika tu Shaklee masih belum diketahui sangat. Tapi sambutan yang diberikan memang menggalakkan. Sampaikan satu saat Umi memula nak consult bila bakal customer tanya pasal produk Shaklee, ada jugak rasa ketaq-ketaq. Ye la, kang kita cakap atau consult ni ada yang bakal customer ni tak faham ke, tak puas hati ke apa. Tapi Alhamdulillah, bila semua consult dalam online guna fb, Whatsapp, rasa mudah je rupanya. Umi ni dah la kalau face to face ni malas sangat nak buka mulut promot-promot barang. Tau la kan, kadang-kadang tak semua orang suka bila kita promot-promot barang ni.

Bila dah lama-lama consult customer/bakal customer ni, automatik kaedah kita akan berubah ke arah yang lagi baik. Kita akan lagi mahir gunakan kemahiran komunikasi. Kalau customer/bakal customer telefon on the spot pun dah boleh consult. Yang penting pada Umi adalah konsep cari gali, banyakkan membaca, banyakkan menulis & banyakkan mencari. Kalau kita cari google search ja tapi takda menulis kat mana-mana, kita takkan ingat jugak. Bila kita dah faham konsep asas suplemen, senang la kita nak consult customer/bakal customer. Jadi tak perlu dah nak tanya upline mahu pun sideline. Bisnes Shaklee adalah bisnes kita, our baby. Upline dan downline adalah networking yang penting sebab dalam bisnes Shaklee networking ibarat batu bata rumah, air dan api yang saling melengkapi untuk keperluan bisnes Shaklee.




Alhamdulillah sekarang masih meneruskan ilmu sharing dan juga consult. Sebabnya ilmu ni makin dicari gali, makin banyak pulak yang tak tahu. Contohnya ilmu sharing. Rupa-rupanya ada banyak perkara yang boleh di-sharing-kan. Tak rugi pilih group Shaklee2U masa nak mendaftar ahli Shaklee dulu
  milkysmile

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

 
Top