1

Adakah anda sudah semak samada produk kecantikan dan kesihatan anda bebas daripada unsur bahan larangan? Tahu tak bahawa Jabatan Kesihatan Melaka telah merampas pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang mengandungi bahan terlarang bernilai RM119,828 menerusi serbuan di 11 premis perniagaan sehingga Mei lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, sebanyak 11 kertas siasatan dibuka dengan nilai denda sebanyak RM40,000 di bawah Akta Racun 1952.

Beliau berkata, serbuan dibuat berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan menerusi Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang mengesahkan 129 produk mengandungi bahan terlarang.

"Sebanyak 55 peratus daripada produk itu dikesan mengandungi racun adalah kategori makanan, selain 32 peratus melibatkan ubat tradisional dan 13 peratus kosmetik.

"Manakala 59 peratus produk dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti tadalafil, sildenafil, analog sildenafil dan analog tadalafil yang boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah, strok serta serangan jantung," katanya.

Beliau berkata, antara produk tersebut adalah 375 Nasal Spray (tradisional) mengandungi Dexamethasone, Acai Berry ABC mengandungi Sibutramine, Air Ikan Haruan mengandungi Dexamethasone, Atika Beauty Renewal Cream mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin, Bio Dream Gold mengandungi Tadalafil, Café Abang Yes mengandungi analog Sildenafi, Catuaba mengandungi Tadalafil, Chantique Whitening Night Cream mengandungi Tretinoin dan De Putih Night Cream mengandungi Tadalafil.

Turut disenarai, katanya, produk Goji Guarana Extra dan Goji Guarana mengandungi Sildenafil, Goji Plus Capsule mengandungi Analog Sildenafil, Kopi Panggung Al-Ambiak mengandungi Analog Sildenafil, Kopi Bagus AAA mengandungi Sildenafil, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus mengandungi Sildenafil, Majun Dua Istimewa mengandungi Dexamethasone, Nastasya Krim Herba dan Tia Amelia Krim Jeragat mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin, Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan mengandungi Chlorpheniramine dan Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya mengandungi Tretinoin.

"Bagaimanapun, masih ramai pengguna tidak menyedari kesemua barang itu disyaki boleh memudaratkan kesihatan pengguna, selain sikap peniaga yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata," katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Kesihatan Melaka di sini, semalam.

Ghazali berkata, kebanyakan pengguna juga tidak menyedari penjualan produk secara talian di internet turut mengandungi bahan terlarang.


“Kita mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan iklan produk yang dijual secara haram menerusi laman web dan media sosial berikutan kebanyakan ubat-ubatan yang dijual di internet tidak dapat dipastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanannya,” katanya.

Dahsyat kan produk zaman internet sekarang, mengandungi bahan terlarang. Patutlah ada yang bagi kesan walaupun baru 1-2hari makan. Alhamdulillah pilihan Umi adalah tepat. Sebelum beli produk masa berpantang dulu pun, memang dah search sehabis mungkin apakah Shaklee ni

PRODUK SHAKLEE SENTIASA SELAMAT

Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.

PRODUK SHKLEE SENTIASA BERKESAN

*Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
*Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
*7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
* Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
* 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
* Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

PRODUK SHAKLEE SENTIASA MESRA ALAM

*Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
*Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
* Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
*Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Shaklee sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI



Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
SMS/Whatsapp: 019-432 0059

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Ohh bahaya ni kalau tak baca dan teliti betul2..hehe

    BalasPadam

 
Top