31.5.14

MealShakes Shaklee MEMBAHAYAKAN


Ramai para ibu mahu pun bakal ibu mencanangkan bahawa MealShakes Shaklee adalah tidak selamat kepada kanak-kanak. Kenapa ada yang mengatakan MealShake tidak selamat untuk kanak-kanak? Sebelum melihat keburukan MealShakes ni, mari kita kenal dulu apakah itu MealShakes Shaklee ni?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu


isu 1 - MealShakes Shaklee mengandungi maltodextrin
Isu utama yang dikatakan adalah mealShakes Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut/ meroyan menuduh mealshake tidak selamat kenelah semak dan tengok dulu apa itu maltodextrin

Maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler" tapi hakikatnya maltodextrin adalah sejenis karbohidrat comlpex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum.Jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti mealshake shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai indexs glisemik yang tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan mengandungi indeks glisemik yang tinggi maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose" di mana jika tidak digunakan oleh sel badan,ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukkan maltodextrin makanya jika nak ambil makanan yang mengandungi maltodextrin yang tinggi ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu tubuh badan anda memerlukan sugar atau "glukos" dengan cepat dan maltodextrin boleh bekalkan kepada badan anda.

untuk info mengenai maltodextrin anda boleh jenguk link ini - WHAT IS MALTODEXTRIN? dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?

Isu 2 - kandungan gula ("sugar") dalam mealshake shaklee
Isu kedua yang hangat diperkatakan adalah soal sugar dalam mealshake. Ia menjadi isu kerana pada pelekat "ingredient" mealshake, tertulis untuk servings per 100g, mealshake shaklee membekalkan 47.1 g gula ("sugar") yang agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya ia memang tinggi, jika kita beri anak kita makan 100g mealshake shaklee setiap hari. Tetapi panduan pada botol mealshake shaklee sudah tertulis serving saiz yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula sahaja. Memang shaklee sendiri tidak suruh kita ambil 100g sehari, shakle cuma suruh kita ambil 34g sahaja sehari iaitu persamaan 1/4 cup

Jadi adakah mealshakee shaklee yang tidak selamat atau kita tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3 - Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah umur 4 tahun atau 6 tahun?
Jika di tanya kebanyakkan pengedar ramai yang akan jawab mealshake shaklee boleh diberi kepada anak berusia setahun ke atas.jadi isu ke 3 yang timbul adalah shaklee tidak pernah mengatakan yang ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun.apa yang anda harus tahu ,serving size 34g yang dicadangkan Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya belum matang. di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun jika mahu diberikan MealShakes kita ada panduan pengambilan yang khusus.panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

Tapi pada saya itu bergantung pada penilaian ibu, jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan mealshake shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Jika anda yakin, pastinya MealShakes untuk kesihatan harian anak anda. Sepertimana para ibu yang lain yang sudah berikan anak-anak mereka MealShakes ni









Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
  www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

22.5.14

Kenapa bayi boleh sembelit?

Kenapa bayi Sembelit?

1) Susu Formula- bayi yang menyusu susu ibu jarang mengalami sembelit. Susu ibu mengandungi protein dan lemak yang seimbang oleh itu bayi akan mengeluarkan najis yang selalunya lembut walaupun bayi tidak membuang secara kerap. Jika bayi anda minum susu formula, mungkin bahan didalam formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda

2) Makanan pejal- Bayi anda mungkin akan mengalami sembelit ketika mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Ini kerana sesetengah kandungan makanan pejal mengandungi kurag fiber

3) Bayi anda mengalami kekeringan (dehidrasi) - Jika bayi anda tidak mendapat air yang mencukupi, bayi anda akan mengalami dehidrasi dan sistem didalam badan akan menyerap air daripada makanan dan minuman, dengan ini akan menyebabkan najis menjadi keras.

4) Masalah Kesihatan - Keadaan ini sangat jarang , dimana sembelt disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti 'hypothyroidism', penyakit metabolik, alahan makanan dan juga jangkitan seperti 'botulism'. Jika masalah sembelit berterusan, anda dinasiatkan untuk berjumpa doktor untuk memastikan anak anda bebas dari sebarang penyakit.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN SEMBELIT ANAK

1) Galakkan anak untuk lebih bergerak. Jika anak sudah pandai merangkak, biarkan anak merangkak dengan kerap. Jika anak anda masih belum merangkak, cuba urut bahagian kaki anak. Bila anak berbaring, gerakkan kaki anak dalam gerakan membulat seperti mengayuh basikal.

2) Urut perut bayi. Gunakan jari anda dengan lembut cuba urut perut bayi lebih kurang 3 cm dibawah pusat bayi. Tekan dengan lembut dan perlahan selama lebih kurang 3 minit.

3) Jika bayi anda minum susu formula, tanya doktor jika bayi perlu menukar susu formula. Sesetengah bayi kurang sembelit dengan susu formula berasaskan soya

4) Tukar Cereal beras kepada cereal berasaskan barli atau oat, atau tambah puri buah atau sayur. Kurangkan makanan yang menyebabkan sembelit seperti beras, pisang, dan lobak merah. Cuba campurkan menu bayi dengan jus epal atau jus prun.

5) Tambah air dalam pemakanan harian bayi untuk mengekalkan najis yang lembut.


Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut. MealShakes adalah makanan tambahan/supplemen kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas.

BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT ?

Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita.

SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan!
Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis,
SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak SEMBELIT).
Di sinilah pentingnya anak kita MINUM BANYAK AIR.
Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.

Berminat? Untuk Info dan Order :  

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

Sembelit dan kanak-kanak : Bagaimana nak atasi?


Sembelit antara masalah paling tidak selesa untuk kanak-kanak. Bagi anak-anak yang sudah melepasi usia setahun, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu anak-anak yang bermasalah sembelit.

Perkumuhan Usus
Perkumuhan usus adalah proses pembuangan najis (penyahtinjaan). Secara amnya, seorang kanak-kanak menjalani proses penyahtinjaan sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kanak-kanak sehingga tiga kali sehari. Ini adalah normal.
Bagaimanapun, saiz dan kekerapan pembuangan najis berbeza-beza di kalangan kanak-kanak, bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya; jenis makanan dan minuman yang diambil, cepat atau lambat sistem penghadaman kanak-kanak tersebut bekerja. FIY, perjalanan makanan dari mulut ke usus boleh mengambil masa beberapa jam ke beberapa hari.

Sembelit
Najis berkumpul di bahagian rektum, bahagian paling bawah di dalam bahagian usus besar. Deria saraf akan menghantar signal kepada otak apabila rektum sudah mula ‘penuh’ dan seterusnya perkumuhan usus diperlukan.
Jika anak anda struggle atau merasa sakit ketika melalui proses ini, ini bermakna mereka mengalami masalah sembelit. Jika sembelit, pembuangan najis memang menjadi sukar dan kering.

Punca sembelit: Kurang makanan serat (fibre) dan air dalam diet harian.
Serat tidak menyerap di usus dan ini menambah berat dalam bahagian najis. Dengan adanya serat, pergerakan usus menjadi lebih mudah dan perkumuhan usus menjadi lancar. Jika air kurang, najis menjadi lebih sukar dinyahkan.

Kesan sembelit
Jika anak anda ‘serik’ dengan kesakitan ketika membuang air besar, dia mungkin akan menahan dirinya daripada membuang najis (trauma). Proses membuang najis yang sukar juga mungkin boleh menyebabkan luka di sekitar dubur kanak-kanak. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan yang berterusan dan jangkitan di kawasan luka boleh berlaku (jika dibiarkan).

Apa yang boleh anda lakukan?

1. Galakkan anak-anak mengambil makanan berserat tinggi. Contoh: makanan bijirin seperti oat dan cereal, bubur, kentang, kacang, buah-buahan seperti pisang, strawberry, oren, pear dan kismis. Jangan lupa, beri mereka minum air kosong secukupnya.
2. Bagi kanak-kanak yang cerewet makan, pelbagaikan hidangan dan kreatifkan diri dengan mencampurkan makanan berserat tinggi di dalam makanan kesukaan mereka. Berikan mereka jus buah-buahan dan sayuran. Kanak-kanak biasanya gemar makanan dan minuman yang berwarna dan nampak menarik.
3. Latihan Tandas
Memastikan anak-anak mengambil sarapan adalah salah satu cara menggalakkan mereka ke tandas dengan kerap. Bagi anak-anak yang bersekolah, kejut mereka bangun pagi lebih awal untuk bersarapan dan menggunakan tandas sebelum ke sekolah.

Bila perlu ke doktor?
Jika perubahan diet dan rutin ke tandas tidak berkesan serta tiada perkembangan positif selepas seminggu atau lebih, segeralah mendapatkan rawatan doktor.
Doktor akan bertanya tentang tabiat pemakanan dan kelakuan anak anda, memeriksa kesihatan mereka secara menyeluruh dan mengenalpasti jika usus besar membengkak daripada biasa. Seterusnya, doktor mungkin mencadangkan ubat cecair untuk melancarkan pembuangan najis dan ini biasanya mengambil masa beberapa hari untuk berkesan. Jika ia kurang berkesan, penggunaan laksatif* mungkin dicadangkan.

*Banyak laksatif dijual tanpa preskripsi tetapi anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaiannya dengan anak anda.

Sembelit adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Cegahlah sembelit dari awal. Sembelit yang berterusan boleh menyebabkan otot dalam rektum terkoyak dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk menolak najis. Keperluan untuk membuang najis juga akan menyusut. Pembuangan cecair akan meleleh melalui salur najis dan kelihatan seperti cirit birit sedangkan ia sebenarnya adalah ‘limpahan’.

Sentiasa beritahu kanak-kanak yang bermasalah sembelit bahawa keadaan yang dialaminya adalah perkara biasa dan jelaskan juga kepada mereka tentang kepentingan pemakanan yang betul.Ingat, rujuk kepada ahli perubatan pakar untuk sokongan dan nasihat jika masalah sembelit berlarutan.











Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
 umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059 www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

21.5.14

Tips sembelit selepas bersalin dan berpantang

Sembelit selepas bersalin?? Umum mengetahui ramai ibu-ibu yang lepas bersalin akan mengalami sembelit, memang menyeksakan, lebih-lebih lagi risau takut jahitan akan terbuka. jadi apa yang perlu ibu lakukan? Ibu-ibu boleh cuba cara dibawah

1. Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).

2. Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.

3. Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.

4. Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.

5. Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

6. Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

7. Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).


MealShakes Shaklee mengandungi serat/fiber serta multivitamin dan multimineral yang boleh membantu para ibu ketika berpantang. Selain itu, MEALSHAKE mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk asid folic, kalsium dan zat besi yg penting untuk para ibu dan kalau boleh, add on ESP untuk memberikan tenaga sepanjang berpantang ni sebab badan sedang lemah.

Performance Drink adalah pengganti elektrolit di dalam badan ketika badan sedang dehidrasi. Rasanya yang enak dengan perisa oren membantu menyejukkan badan dan memberi tenaga sesuai untuk para ibu yang sedang mengalami sembelit.

Ostematrix membekalkan 1,000mg kalsium sehari bersifat laksatif di mana magnesium berfungsi melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan najis.

Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

20.5.14

Ibu Hamil & Ibu berpantang mudah sembelit?

Sembelit adalah mimpi ngeri ibu-ibu, termasuk saya sendiri. Ianya adalah kebiasaan yang berlaku, bukan pada semua, tapi kepada ramai ibu-ibu. Kenapa sembelit berlaku?

1. Perubahan hormon yang mendadak bagi semasa mengandung.
Peningkatan hormon progesteron yg banyak di saat kehamilan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan relaksasi otot-otot saluran pencernaan sehingga menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekerapan proses membuang air besar menjadi berkurangan.

2. Perubahan saiz uterus / rahim
Saiz rahim yang semakin membesar turut menghalang kelancaran proses aliran sisa makanan. Proses kehamilan itu sendiri lazimnya membuatkan si ibu kurang aktif sekaligus menyebabkan proses pencernaan dan penyaluran makanan menjadi kurang lancar. Keaktifan ibu mempengaruhi pergerakan mengecut & mengendur otot-otot.

3. Kedudukan usus yang berubah sedikit
Lanjutan kehamilan dan proses bersalin memerlukan masa untuk kembali seperti asal. Ini akan mempengaruhi proses pencernaan dan dapat menyebabkan sembelit.

4. Ketakutan kerana luka
Luka episiotomi (luka pada pembukaan vagina ketika bersalin) yang lambat sembuh seringkali membuat si ibu menjadi takut untuk membuang air besar. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan pula, ubat bius yang digunakan akan menyebabkan otot usus ‘lumpuh’ buat seketika dan memerlukan masa untuk kembali
aktif. Perasaan takut ini menyebabkan secara tak langsung ibu mengetatkan otot dan
menyebabkan ianya lebih sukar. Lebih memburukkan keadaan lagi, ada ibu-ibu yang tida langsung ke tandas. Tidak membuang najis akan menyebabkan air didalam usus diserap semula ke dalam darah dan
mengurangkan kuantiti air dalam najis. Ini mengganggu kelancaran proses membuang air besar dan memburukkan keadaan. Pengambilan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit

5. Pil zat besi atau ubat antidepresi, boleh menyebabkan sembelit.

Bagaimana sembelit boleh dielakkan atau diatasi?

1. Makan dengan teratur, banyakkan serat & cecair.
2. Elakkan daripada hanya duduk tanpa bergerak atau berjalan-jalan
3. Apabila rasa hendak membuang, terus ke tandas, jangan bertangguh
4. Gunakan tandas duduk.
5. Letakkan bangku kecil, pijak dengan jari-jari kaki seperti mengjengkit, tinggikan kaki anda agar bahagian lutut lebih tinggi dari punggung. Luruskan belakang dan letakkan siku atas lutut.  Posisi mirip mencangkung ini memudahkan pergerakan usus. Jika perasaan takut masih ada, gunakan tuala wanita yang dilipat dua dengan jari untuk menekan bahagian perinuem semasa membuang air besar.

Kedudukan perineum :-
1. Semasa di atas tandas, urut perut dengan menolak dan menarik otot perut dengan tapak tangan atau 4 jari.
2. Lakukan senaman lantai pelvik
3. Berjumpalah doktor jika keadaan semakin teruk dan anda tidak dapat mengatasinya lagi.

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda?

Shaklee Ostematrix memberikan jumlah penyerapan kalsium yang optimum dengan bantuan Vitamin D & Magnesium. Kalsium yang cukup membantu otot-otot usus menjalankan peristalsis (mengecut dan mengendur) dengan sempurna.








Shaklee Mealshakes multivitamin perisa Vanilla yang hebat. Kaya dengan serat untuk membantu perjalanan makanan tercerna di dalam usus. Juga mengandungi kalsium.









Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

(Kredit : babycenter & Surijunior )
Continue Reading

15.5.14

Anak asyik cakap TAK LAPAR?!


Tentu mama biasa berhadapan dengan situasi di mana anak-anak asyik sekali bermain tanpa menghiraukan makan minum. Apabila ditanya sama ada mahu makan atau tidak, hanya gelengan kepala sahaja yang mereka tunjukkan. Mama pun jadi hairan sama ada anak lapar atau tidak. Tiada petanda yang menunjukkan mereka lapar kerana terlalu asyik bermain. Benarkah mereka tidak merasa lapar sedangkan hanya
menjamah susu sahaja sebelum ini? Sebenarnya kanak-kanak semulajadi sukar memberitahu mereka lapar sekiranya mereka sedang bermain. Bahkan ada beberapa sebab lain yang menyebabkan mengapa kanak kanak tidak memberitahu yang mereka merasa lapar.

*Masalah emosi yang dihadapi anak ketika itu membuatkan dia memerlukan perhatian daripada ibu bapa atau sebelum ini sering dimarah menjelang waktu makan menyebabkan emosinya terganggu.
*Meniru perilaku anggota keluarga yang sedang mengamalkan diet. Ini membuatkan mereka turut ingin mencuba amalan tersebut.
*Anak terlalu banyak makan snek sebelum waktu makan menyebabkan perutnya masih kenyang
apabila disuruh makan. Untuk mengatasi masalah tersebut anda perlu melakukan sesuatu kerana dibimbangi, anak-anak akan terbiasa enggan makan dan akhirnya mereka mengalami kekurangan zat penting untuk tumbesaran.
*Buat jadual makan teratur supaya dapat memberi kesempatan perut anak kosong sehingga
dia lapar.
*Jangan biasakan makan lebih daripada 30 minit. Ajar anak menghabiskan makanan tanpa perlu bermain atau membuat aktviti lain ketika makan.
*Elakkan memberi anak makan makanan manis agar perutnya tidak kenyang menjelang waktu makan.
* Wujudkan suasana makan yang selesa dan tenang.
*Teman anak makan untuk memenuhi keperluannya terhadap perhatian.
* Sajikan menu harian yang pelbagai, membangkitkan selera dan yang pasti menu kesukaannya.
* Pastikan keperluan kalori dan zat hariannya dipenuhi.


Dengan Shaklee, ada kaedah yang selamat, sedap, disukai oleh anak-anak, berkhasiat dan memberikan nutrisi yang anak-anak perlukan iaitu MealShakes. Mealshake Shaklee ini bukan sahaja sesuai untuk si manja anda malah boleh dikongsi dengan seisi keluarga. Mealshake ini adalah merupakan minuman atau makanan tambahan yang bernutrisi yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga anda.


6 fakta tentang mengapa Mealshake dikatakan makanan tambahan bernutrisi yang perlu untuk keluarga anda!

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

MealShakes mempunyai rasa yang lazat digemari tua dan muda. Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Dapatkan MealShakes bulan ni untuk stok 7/14bulan anda sekeluarga!


Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

14.5.14

Kanak-kanak Malaysia kurang nutrisi



Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka.

Anak-kanak memerlukan zat nutrisi yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein,lemak,mineral dan vitamin. Akan tetapi terdapat beberapa zat nutrisi yang sebaiknya diambil berat kerana mempunyai kesan yang amat besar pada pertumbuhan dan perkembangan otak anak. Beberapa zat nutrisi tersebut menurut Pedak dan Maslichan (2009) adalah :

Protein
*******
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mengalami kekurangan protein semasa janin masih berada dalam kandungan akan memberi kesan pada berkurangnya berat otak sehingga 13% .Berkurangnya berat otak ini disebabkan saiz dan jumlah sel otak yang kurang. Kurangnya sel otak ini kerana terhalangnya sintesis protein. Oleh itu kekurangan protein yang berlaku di dalam rahim umnya mempunyai IQ rendah. Kemampuan peniskalaan, verbal dan mengingat mereka lebih rendah daripada kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang baik. Tambahan lagi protein diperlukan dalam menggantikan tisu termasuk tisu otak.


Asid Lemak Tidak Tepu ( DHA & LA )
**********************************
Untuk menyokong perkembangan sistem saraf pada otak, bayi dan kanak-kanak memerlukan zat nutrisi DHA dan LA. DHA dan LA merupakan permulaan kepada AA ( Arachidonic Acid ) yang diperlukan untuk membentuk membran sel otak. Apabila kekurangan zat nutrisi DHA dan LA, maka sel nueron yang terbentuk hanya sedikit sehingga kemampuan menyimpan data juga terbatas. Komponen utama membran sel neuron adalah tidak tepu. Perkara inilah yang menyebabkan bayi perlu diberi bekalan lemak dalam kuantiti yang mencukupi agar perkembangan otaknya maksima. Namun, bukan semua jenis lemak mempunyai manfaat ini. Lemak yang terbaik adalah asid lemak tidak tepu rantai panjang bentuk DHA. DHA dan LA yang digunakan sebagai bahan untuk proses elongasi AA pada otak yang boleh meningkatkan bilangan sel neuron sehingga mampu meningkatkan kemampuan belajar anak. Selain itu, anak juga boleh lebih banyak menyimpan apa yang diajar padanya. Susu badan adalah sumber DHA terbaik. Oleh sebab itu, seorang ibu janganlah malas untuk menyusukan anaknya. Apabila seorang ibu memberikan susu badan pada anaknya, bermakna dia telah melakukan banyak perkara untuk kecerdasan anaknya. Memenuhi keperluan DHA sebaiknya dilakukan semenjak ibu mengandung. Ibu hamil boleh mendapat bekalan DHA dari susu yang mengandungi DHA, kekacang, ikan dan banyak lagi. Perlu diingat sebelum mengambil apa-apa makanan telitilah dulu supaya tidak membahayakan kandungan. Contohnya hati-hati memilih ikan yang tinggi kandungan merkurinya kerana merkuri boleh membahayakan janin.


Besi
*****
Bekalan zat besi juga (Fe) juga berkait erat dengan kemampuan intelektual. Berbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kekurangan zat besi ternyata mempunyai kemampuan mengingat dan menumpukan perhatian lebih rendah. Terdapat perbezaan ketara dalam markah ujian jika bekalan zat besi diabaikan.

Fosforus
******
Mineral fosforus juga penting bagi otak. Fosforus adalah komponen fosfolipid yang merupakan sebahagian dari membran sel dan berfungsi mengatur pemindahan dari dan ke luar sel termasuk sel otak.

Zinc
*****
Zink dalam tisu otak berfungsi meningkatkan aktiviti mental. Perkara ini terbukti dari satu hasil kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang cukup keperluan zink ternyata 72% lebih aktif dibandingkan dengan kanak-kanak yang kekurangan zinc. Bekalan zinc seperti susu, daging, ikan dan lain-lain lagi.

Mealshake, hidangan Shakes Shaklee yang rendah glisemik dan rendah lemak. Mempunyai rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Mealshake menawarkan 19 vitamin dan mineral penting serta kaya dengan sumber kalsium dan protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar supaya kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur denga susu yang enak. Resepi enak, bancuhlah MealShake bersama yougurt tanpa lemak atau perisa beserta buah-buahan setiap pagi. Dengan mealshake anak anda akan mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi setanding sarapan pagi. Dengan MelaShake, anak anda akan mendapat snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa dan satu hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium. Menariknya Mealshake bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga untuk dewasa dan hidangan segera bagi para atlet.



Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Continue Reading

9.5.14

7 SEBAB MULTIVITAMIN MEALSHAKES DIPERLUKAN UNTUK ANAK-ANAK


Mengapa MealShakes dikatakan berkhasiat untuk kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas? Berikut 7 fakta tentang Meal Shakes.

1. Complete Nutrient's – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.

2. Supplies Key nutrient to cells – Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.

3. Aids in Growing Up – Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.

4. Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.

5. Restore skin complexion – Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.

6. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.

7. Great Taste for young and old – Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.

Itulah 7 fakta & 7 sebab utk anda belikan anak anda Meal Shakes ni.

Shaklee Meal Shakes - Fast Food, No Guilt!

With their on-the-go lives, kids don’t always have time for a sit-down meal. That’s why they need fast food options that are also good for them – choices such as low-fat, low-glycemic Shaklee Meal Shakes. These great-tasting, easy-to-mix drinks pack extra nutrition into any meal or snack. They provide 19 essential vitamins and minerals, and when prepared as directed they’re a rich source of calcium and protein – the fundamental nutrients that growing kids and teens need to stay strong and healthy. A nonsoy protein choice. *Sumber : Shaklee .

MealShakes berperisa vanilla dan sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh dijadikan menu sarapan
yang lengkap.






Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

gambar utama : motherandchild.co.uk
Continue Reading