4

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai
nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra-haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Mana nak cari kalsium sitrat, magnesium, vitamin D dan mineral lain di dalam 1 tablet? Pada saya, Ostematrix pilihan saya


Berminat? Untuk Info dan Order :

  Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Thanks for the info yaaa.. :D

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
  2. info menarik n unik..jrg diketengahkn oleh pihak lain..

    BalasPadam
  3. Salam hujung minggu Umi..thanks for info ya!!

    BalasPadam
  4. kaya akan kalsium sangat baik untuk tulang pastinya :)

    BalasPadam

 
Top