6

Rahsia untuk kekal sihat dan awet muda? Semua orang nak kekal cantik dan sihat.Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Makan makanan yang di panggang/rebus. Semestinya, makanan yang di panggang atau direbus merupakan cara memasak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon dan dori yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

Minum kopi. Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fugsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30 peratus. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding si bukan peminat kopi.

Ambil vitamin D. Vitamin D membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan 'antibody' badan dan melindungi daripada sebarang penyakit kanser serta jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna dan udang.



Zaitun kombinasi makanan terbaik. Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buahan dalam menu harian bersama minyak zaitun. Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak dan mentega roti kepada minyak zaitun.

Makan lebih banyak sayur. Gantikan snek pada waktu lapang anda kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran dan buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

Nikmati teh hijau. Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan penyakit.




Kawal pengambilan gula dan garam. Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

Elakkan makanan dalam tin. Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.


Berminat? Untuk Info dan Order :

Umi Nazrah
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Sik/daerah Baling/Kedah
Shaklee ID: 869539
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-432 0059
www.facebook.com/cantiksss

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. Thanks for tips Umi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga bermanfaat :)

      Padam
  2. Balasan
    1. cantik tu subjektif. bila badan kita sihat, dah pasti kecantikan tu akan terserlah :)

      Padam
  3. Semua nak sihat dan cantik kan?

    BalasPadam

 
Top