3

Pada kebanyakan orang, kecantikan adalah sesuatu yang kita boleh lihat di cermin yang mana menampakkan wajah yang cantik, memakai mekap ataupun boleh memakai pakaian yang bersaiz S. Walaubagaimanapun, kecantikan sebenarnya adalah mengenai kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Mempunyai kulit yang sihat tidaklah sesukar yang didapati oleh ramai orang. Ikuti langkah yang berikut yang sangat mudah diaplikasikan bagi mendedahkan kecantikan dalaman anda untuk kulit yang lebih sihat dan bersinar.

Langkah 1 - Makanlah untuk dapatkan kulit yang sihat bersinar
'Anda adalah apa yang anda makan' bukan sahaja mempengaruhi keseluruhan kesihatan dan nutrisi tetapi juga bagaimana kulit kita kelihatan dan dirasai. Kajian terbaru mencadangkan bahawa dengan memakan makanan yang kaya dengan protein, kolagen dan nutrien polyphenol boleh membekalkan kesan anti-penuaan yang sangat berguna.

Protein
Protein adalah salah satu nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Pengambilan protein yang tetap boleh menggalakkan pertumbuhan otot bawah kulit dan menjadikan ianya lebih montok dan elastik. Sebagai hasilnya, ianya adalah sangat efektif untuk mencegah kelonggaran kulit dan memperlahankan proses penuaan.

Kolagen
Apabila umur kita semakin meningkat tua, protein yang terdapat dengan banyak di dalam badan akan hilang. Menambah sumber kolagen dengan makanan tambahan boleh menggantikan kolagen yang hilang dan membantu kita untuk mendapatkan kulit yang lebih kukuh, mengurangkan kemunculan kedutan serta meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit.

Nutrien polyphenol
Nutrien polyphenol kaya dengan anti-oksidan yang mana membantu melawan kerosakan radikal bebas. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan nutrien polyphenol di dalam diet seharian membantu untuk memperbaiki dan meningkatkan fungsi sel serta mewujudkan lebih sel-sel baru yang membantu dalam melambatkan proses penuaan.

2. Menjaga kulit wajah
Salah satu perkara penting untuk menjaga kulit wajah adalah dengan melindunginya daripada matahari. Pendedahan kepada matahari dalam tempoh yang berpanjangan boleh menyebabkan kedutan, titik penuaan dan pelbagai lagi masalah. Kita haruslah menggunakan produk yang semulajadi, lembut pada wajah untuk membantu menyuburkan dan memanjakan kulit wajah.

3. Kehidupan gaya hidup yang positif boleh membuatkan kulit wajah anda lebih muda
Caranya adalah dengan melakukan senaman seperti yoga, berjalan kaki atau berenang boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang bersinar serta boleh memberikan badan rasa bertenaga. Jalanilah hidup tanpa stress kerana stress boleh mempengaruhi kulit wajah dan juga penuaan kulit wajah. Meminum air juga menhidratkan kulit dari dalam dan membantu melawan kulit yang kering dan mengelupas.

Shaklee membekalkan anda dengan nutrien yang diperlukan untuk kulit yang sihat, bersinar dan berseri untuk memancarkan kecantikan dalaman.

Shaklee Collagen Powder (SCP)
Untuk rasa sihat, kulit yang kelihatan lebih muda. SCP terdiri daripada 4,000mg propriterari RSS (Red Snapper Scale) dengan berat molekul yang sangat rendah iaitu lebih kurang 1000 Dalton untuk penyerapan yang sangat baik. SCP menyokong kecantikan luaran dan dalaman serta telah dibuktikan memberikan peningkatan di dalam penampilan kulit wajah dan mengurangkan kedutan selepas penggunaan 8 minggu. (Rujukan : A Study on the Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007)


Vivix
Campuran botani yang unik iaitu Polygonum cuspidatum, Muscadine grape, European elderberry dan Purple carrot yang kaya di dalam sumber nutrien polyphenol yang membantu untuk kesihatan yang optima.








ESP Isolate Protein
ESP adalah produk berasaskan tumbuhan, secara biologinya mengandungi sumber protein lengkap yang rendah lemak, bebas kolestrol dan lengkap dengan asid amino perlu. Satu sudu ESP membekalkan 14gram protein soya berkhasiat yang membantu untuk mengekalkan otot, memperbaiki tisu serta fungsi enzim dan hormon yang teratur.







NutriWhite
NutriWhite menawarkan 16 nutrien herba terpilih daripada 16 buah negara yang berbeza. Eksklusif untuk Shaklee, set penjagaan kulit wajah ini adalah semulajadi, lembut dan berfungsi dalam lima cara untuk mencerahkan kulit, melicinkan wajah akibat tona tidak sekata dan memberikan wajah berseri.







sumber gambar utama http://www.dailymail.co.uk
Call / SMS / WA : 019-4320059 Email : umi.nazrah@gmail.com Fb : http://www.facebook.com/nazrah Fb FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. betul tu, pemakanan seimbang dan gaya hidup yang positif mempengaruhi kecantikan..

    BalasPadam
  2. cantik dalam terserlah ke luaran ;)

    BalasPadam
  3. Banyak product Shaklee supplement yg membantu utk ke arah ini...

    BalasPadam

 
Top