0

Untuk bertahun lamanya, keluarga Barnett hidup seperti rakyat Amerika yang lain. Kemudian pada tahun 2004, mereka mengalami suatu kejadian yang merubah keadaan mereka untuk membersihkan rumah dan merawat alam sekitar. Sloan dan Roger mendapati kesihatan anak mereka, Spencer mengalami masalah apabila umurnya hanya baru 3 tahun. Pada mulanya Spencer hanya mengalami batuk-batuk yang berterusan. Namun suatu hari, denyutan jantung berdegup kencang maka Spencer dibawa ke bilik kecemasan.


Roger mengatakan mereka sangat risau hinggakan tidak pasti samaada akan kehilangan anak mereka atau tidak. Doktor mengatakan Spencer mengalami masalah pernafasan dah mungkin mendapat penyakit asma. Sloan berkata, dia mula menyelidik bahan kimia yang boleh mengganggu paru-paru Spencer dan mendapati produk-produk tersebut berada di lokasi yang mengejutkan iaitu di dalam rumah mereka. Menurut doktor, sesetengah produk pencuci rumah seperti di bilik mandi, pembersih kuman, pencuci lantai dan pencuci ketuhar - mengandungi bahan kimia toksik yang boleh mencetuskan serangan asma.


Sebaik saja keluarga Barnet ni tau bahawa produk pembersihan boleh membahayakan kesihatan mereka, Sloan mengatakan mereka terus membersihkan kabinet mereka dan menjadikan rumah mereka satu tempat di mana masing-masing boleh bernafas dengan lebih mudah. Selepas membuang hampir kesemua produk pembersihan rumah mereka, Roger menemui Shaklee Corporation, sebuah syarikat yang sudah hampir 50 tahun mengeluarkan produk pembersihan rumah yang semulajadi.


Sloan dan Roger kemudian mula menggunakan produk mesra alam ini di dalam rumah mereka. Sloan dan Roger mula menggunakan pencuci mesra alam di dalam rumah mereka. "Kami berpendapat produk mesra alam ni berfungsi dengan sangat hebat," kata Roger. "Perkembangan yang paling terbaik ialah Spencer tidak pernah kembali ke hospital sejak kami bertukar produk dan keberkesanan produk ni terbukti berkesan."

Keluarga Barnett sangat menyukai produk-produk mesra alam tersebut, maka mereka membeli syarikat tersebut iaitu Shaklee Corporation! Sekarang, Sloan berkata, mereka sekeluarga cuba untuk hidup dengan cara yang yang lebih bertanggungjawab kepada kesihatan anak-anak mereka dan kepada kesihatan planet ini.

Malah menurut Forbes, Shaklee adalah salah satu syarikat pertama yang menghapuskan fosfat yang mencemarkan air daripada produk pembersihan mereka dan Shaklee juga syarikat pertama yang disahkan neutral karbon di dunia pada tahun 2000.

sumber gambar
http://girlfriendscoffeehour.com
http://cleaningcommercialjanitorial.com
http://ecochi.co.nz
http://annschenkel.com

Call / SMS / WA : 019-4320059
Email : umi.nazrah@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/nazrah
FB FanPage : http://www.facebook.com/cantiksss

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Catat Ulasan

 
Top