3
Suntikan atau pembedahan adalah jalan yang selalu dipilih oleh para pesakit sendi lutut khususnya artritis reumatoid (RA). Namun harus diingat suntikan atau ubat melegakan kesakitan dan keradangan hanya untuk sementara waktu sahaja dan merosakkan organ-organ dalaman.

Pembedahan pula mempunyai kos yang mahal dan akan membuatkan pergerakan pesakit menjadi terhad.


Contoh pembedahan adalah seperti yang dialami oleh Vasantha.


Vasantha menjalani pembedahan lutut selepas mengalami tanda bengkak pada bahagian lutut kiri. Dia menganggap sakit yang tidak diketahui apa sebenarnya itu akan sembuh selepas memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan tidak berubah. Vasantha yang mempunyai gaya hidup aktif terpaksa menahan kesakitan setiap kali bergerak. Bagi mendapatkan kepastian penyakit yang dialaminya itu, dia pergi ke klinik swasta untuk menjalani ujian darah pada tahun 1983. Vasantha disahkan menghidap artritis reumatoid (RA). Penderitaannya tidak berhenti setakat itu. Kesakitan yang bermula di lutut kiri beralih ke lutut kanan.

"Kesakitan berterusan menyebabkan saya hampir berubah menjadi mudah putus asa akibat keadaan diri yang kurang upaya. Walaupun terpaksa berjalan amat perlahan, saya perlu pergi kerja seperti biasa. Selain itu, saya terpaksa memanjat tangga setiap hari.

"Memang keadaan sangat perit ketika itu. Sehingga satu peringkat saya tidak boleh memutar tombol pintu rumah. Saya juga tidak mampu memegang berus gigi akibat sakit sendi yang menjalar ke bahagian tangan,'' katanya.

Wanita itu turut berkongsi cerita tentang betapa sukarnya dia untuk membongkok selain tidak boleh duduk di tandas biasa. Vasantha kemudian menemui Pakar Runding Reumatologi dan dia disarankan melakukan pembedahan lutut. Pada 2004, Vasantha melakukan pembedahan ganti sendi untuk lutut kanan. Setahun kemudian, dia melakukan pembedahan lutut kiri. Selepas pembedahan, dia mendapati keadaan sendinya semakin baik. Bagaimanapun dia berasa amat sakit di pergelangan tangan menyebabkan dia sukar untuk ke tandas. Kerja-kerja rumah pula dilakukan oleh suaminya. Hakikatnya penyakit RA yang dihidapi Vasantha tidak boleh pulih sepenuhnya.

"Hingga saat ini kesakitan masih ada terutama pada bahagian sendi tetapi sekurang-kurangnya saya sudah boleh berjalan walaupun perlahan," ujarnya yang berhenti kerja pada enam tahun lalu. Sumber Harian Metro

Tahukah anda apakah nutrien yang terbaik untuk sendi yang sihat?


Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

  1. Ngeri pulak bila tengok gambar yang ke-2 tu..

    BalasPadam
  2. Adui....ngilu ambe tgk gambar lutut terkopek camtuh..

    BalasPadam
  3. memang tak sanggup nak tengok. tapi kena letak gak gambar tu. pentingnya kita jaga lutut yg asal.

    BalasPadam

 
Top