0
 Ramai berpendapat bahawa vitamin tambahan tidak diperlukan sekiranya kita mendapat pemakanan yang lengkap, mengikut piramid makanan.

Namun untuk beberapa keadaan, tahukah anda bahawa anda masih memerlukan vitamin tambahan?

Contohnya:

1. Makanan yang diambil bukan dari sumber organik.
2. Tanah pertanian yang tidak dirawat dan dipulihkan mengurangkan nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur).
3. Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya.
4. Pengendalian buah-buahan dari ladang ke gudang, kilang, kedai dan sebagainya mungkin menjejaskan kandungan vitamin buah-buahan tersebut.
5. Pengambilan ubat-ubatan boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.
6. Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin.
7. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.
8. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya.
9. Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan.

Vitamin Yang Mana Patut Diambil???

Persoalan yang sering bermain di fikiran apabila menyentuh tentang vitamin dan mineral tambahan ialah : JENAMA YANG TERBAIK.

Kita mendapati banyak jenis vitamin dan mineral dari pelbagai jenama yang dijual di farmasi dan kedai ubat. Apakah kesemuanya sama? Apakah asas untuk memilih vitamin dan mineral terbaik?

1. Vitamin tersebut mestilah dari sumber semulajadi Vitamin generasi pertama dibuat secara sintetik, iaitu menjalankan proses kimia terhadap bahan-bahan tertentu termasuk tar, arang batu dan sebagainya, hingga menghasilkan bahan yang hampir sama dengan bahan aktif dalam vitamin. Misalnya, asid askorbik dalam Vitamin C. Sayangnya, asid askorbik yang diperoleh dari tindakbalas bahan sintetik samasekali tidak dapat menyamai asid askorbik ng didapati dari ekstrak buah-buahan.

2. Vitamin tersebut hendaklah lengkap Periksa label dan pastikan mutilvitamin mengandungi kesemua vitamin mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan (Jika keluaran USA biasanya mengikuti saranan USDRA). Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin B Complex, hendaklah mengandungi kesemua 7 jenis vitamin B.

3. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi vitamin dan mineral pasaran Malaysia, pastikan ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah sebagai jaminan bahwa vitamin atau mineral tersebut selamat untuk diambil.

4. Tarikh luput Periksa tarikh luput dan pastikan pada botol vitamin tersebut tercatat tarikh luputnya.



Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi
Umi Nazrah,
facebook.com/nazrah
umi.nazrah@gmail.com
019-4320059

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top