0
Sistem imun adalah organisasi kompleks yang menjadi kurang efisien apabila kita berumur. Ia merupakan mekanisme pertahanan yang berkuasa terhadap “penyerang asing” yang boleh menyebabkan jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat. Penyerang ini mungkin juga sel tubuh anda sendiri, membesar secara tidak normal.

Sistem ini tidak rehat sepenuhnya. Ia berjaga 24 jam sehari dan selama bertahun-tahun, mula menjadi lemah kecuali ia dirangsang. Ia terdiri daripada berbilion- bilion sel darah putih (sel pertahanan tubuh) yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini juga beredar dalam aliran darah dan saluran limfa ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menentang penyerang asing.

Faktor-faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah rehat yang tidak mencukupi, stres, kolesterol tinggi, logam berat (plumbum, raksa), gula-gula dan makanan ringan yang berlebihan, penyalahgunaan alkohol dan tembakau, bahan kimia persekitaran toksik (racun perosak, racun rumput rumpai),

Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor di atas. Selain itu, makan dengan diet sihat yang seimbang dengan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan protein berkualiti tinggi adalah penting. Terdapat juga beberapa perangsang sistem imun tertentu yang terbukti berfaedah. Ini termasuklah antioksidan, protein lemak rendah, lesitin, bawang putih, ginkgo, echinacea (untuk diguna seperti yang diperlukan), zink, asid gamma linolenik, vitamin B dan magnesium.

Senaman juga melakukan keajaiban untuk merangsang sistem imun anda. Terdapat beberapa teori.

Pertama, aktiviti fizikal mungkin membantu dengan menyingkirkan bakteria daripada paru-paru (sekali gus mengurangkan peluang mendapat demam selesema, selesema, atau penyakit bawaan udara yang lain) dan boleh mengeluarkan karsinogen (sel yang menyebabkan kanser) dengan meningkatkan pengeluaran sisa, seperti air kencing dan peluh.

Apabila anda bersenam, antibodi dan sel darah putih dihantar melalui tubuh pada kadar yang lebih cepat. Oleh kerana antibodi atau sel-sel darah putih beredar lebih cepat, ia boleh mengesan penyakit lebih awal. Kadar peredaran darah yang meningkat juga mungkin merangsang pelepasan hormon yang “memberi amaran” sel-sel imun tentang bakteria atau virus yang mengganggu.

Selanjutnya, peningkatan sementara suhu tubuh boleh mencegah pertumbuhan bakteria, membolehkan tubuh menentang jangkitan dengan lebih berkesan.

Bersenam juga memperlahankan pelepasan hormon yang berkait dengan stres. Stres meningkatkan peluang penyakit, jadi aktiviti fizikal boleh mengurangkan faktor ini.

Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akhirnya membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang berkuasa dan efisien boleh menjadi satu daripada perkara-perkara penting dalam menjalani penuaan dengan jayanya.

Disebabkan penyelidikan yang meluas dan berterusan, produk-produk baru akan dijual di pasaran. Produk-produk yang memasukkan ekstrak timus, teknologi sel batang dan teknologi nano di mana bom bijak akan disuntik ke dalam sistem kita untuk mengesan dan memusnahkan sel-sel kanser.

Walau bagaimanapun, masih tiada pengganti bagi gaya hidup sihat.

- Dr. Rajbans merupakan Pakar Runding Perubatan dan Geriatrik merangkap Presiden Persatuan Penuaan Secara Sihat Malaysia.

Artikel Penuh: utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

APA YANG SHAKLEE TAWARKAN?

Antioksidan terdiri daripada Sustained Release Vita-C Carotomax, dan juga Vita-E Complex.






1. Vitamin A, Vitamin C & Vitamin E yang memang ACE sebagai Antioksidan.Kalau tak suka telan pil banyak2, boleh ambil Vivix yang bukan saja antioksidan terbaik tapi juga memperbaiki DNA yang rosak. Sumber vitaminsemulajadi.com/

2. protein lemak rendah iaitu Energizing Soy Protein.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. Sumber vitaminsemulajadi.com

3. lesitin iaitu Lecithin.
Lecithin adalah keperluan setiap sel dalam badan. Ia adalah merupakan gabungan kolina, inosite dan asid2 lemak yg lain. Sumber vitaminsemulajadi.com KESAN KEKURANGAN LECITHIN adalah rambut gugur, tidak dapat fokus dengan baik, sering sakit dan mengalami keradangan.

4. bawang putih iaitu Garlic Shaklee.
Komponen yang paling dalam bawang putih adalah sulfur, dan allicin yakni sumber utama untuk tindakan anti mikrobial (sebagai anti biotik). Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet. Sumber vitaminsemulajadi.com

5. zink iaitu Zinc Complex.
Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. Sumber vitaminsemulajadi.com

6. asid gamma linolenik iaitu GLA Complex.
Asid lemak Omega-6 adalah dianggap sebagai asid lemak perlu (EFA), yang bererti bahawa mereka adalah penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dibuat di dalam badan dan oleh itu mesti diperolehi dari makanan yang kita makan atau suplemen. Asid gamma-linolenik (GLA) adalah asid lemak yang penting dalam keluarga Omega-6.

Kekurangan dalam EFA boleh membawa kepada:
  • masalah pertumbuhan
  • ruam bersisik yang dikenali sebagai dermatitis
  • kemandulan
  • kekurangan keupayaan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka
Sumber vitaminsemulajadi.com

7. vitamin B
vitamin B1 - Vitamin B1 membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka. Sumber http://vitaminsemulajadi.com/kenali-peranan-vitamin-a-d/
vitamin B6 - Vitamin B6 adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan. Menurut kajian, orang yang sering dalam keadaan tertekan adalah mereka yang mengalami kekurangan vitamin B6. Sumber

Vitamin B12 - Vitamin B12 lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

Vitamin B paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Sumber healthy.babykawaiistore.com

8. magnesium iaitu Ostematrix kerana Ostematrix bukan sekadar kalsium.
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
Sumber vitaminsemulajadi.com


Berminat? Untuk order @ pertanyaan, hubungi Umi Nazrah, facebook.com/nazrah umi.nazrah@gmail.com 019-4320059 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top