1

Masalah kesihatan berkaitan penghadaman yang lemah, kelesuan, masalah kulit malah bau badan yang tidak menyenangkan turut menjadi petanda bahawa badan memerlukan pembaikan kesihatan sebelum sesuatu masalah yang lebih besar berlaku. Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik. Objektif detoksifikasi (atau detoks) adalah untuk membolehkan badan anda membebaskan diri daripada pembinaan toksin dan kekotoran dalam sistem.

Berikut adalah tip kecergasan daripada Kris Malhotra (Country Group Fitness Development Manager Celebrity Fitness), dan nutrisi daripada Lim Ai Leng (ketua pakar Pemakanan Gleneagles KL).

Antara latihan untuk detoks yang mampu mempercepatkan proses detoks adalah :

1. Pilates

Ia adalah satu sistem senaman yang direka khas untuk menghasilkan kekuatan tanpa gerakan menyeluruh, meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan dan memudahkan rangkaian minda-badan. Sesuai untuk kalangan wanita dan lelaki, pilates menyediakan keseimbangan untuk memperkukuh dan meregang otot. Bukan itu sahaja, pilates mempunyai keupayaan untuk meningkatkan detoksifikasi melalui kesan daripada pergerakan senaman tertentu pada organ-organ dalaman dan sistem limfa.

2. Berlari/berjalan di Treadmill

Ia satu aktiviti ringkas dengan insensiti senaman yang rendah dan memang mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Sebagai satu latihan yang boleh dilanjutkan kepada semua lapisan masyarakat, ia membuatkan badan anda terus bergerak sekaligus membantu dalam proses detoksifikasi. Semasa proses pembersihan dan detoksifikasi, tahap intensiti senaman harus kekal dalam 'zon pembakaran lemak'. Ini bermakna bahawa kadar denyutan jantung tidak harus melebihi tahap tertentu dalam usaha untuk menyahtoksik dan peraturan ini adalah khusus bagi merka yang berjalan menggunakan treadmill. Oleh itu, pakar kecergasan mencadangkan agar seseorang melakukan senaman ini untuk sekurang-kurangnya 20 - 30 minit sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk menikmati faedah yang lengkap terutama sekali membuang bahan-bahan yang tidak diingini dalam badan.

3. Lantunkan diri

Bagi mereka yang mahukan aktiviti yang mencabar lagi menyeronokkan, melantun adalah pilihan senaman yang terbaik. Ia adalah senaman trampolin tenaga yang membuatkan anda berasa bebas dan sedar. Tiada sekatan pergerakan kerana anda boleh lakukan apa sahaja jenis pergerakan gaya bebas, baik daripada melangkah, menanduk, melompat dan melantun. Senaman ini adalah amat baik semasa detoks kerana gerakan berimpak rendah membolehkan rangsangan yang sangat baik di antara sistem limfa. Sumber : Rapi 1 Nov 2012

Setelah melakukan senaman, proses detoks boleh dilakukan secara dalaman iaitu melalui proses pemakanan.

Tak salah mencuba Alfalfa Complex Shaklee. Kenapa harus Alfalfa Complex Shaklee ni? Kerana tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau.

Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Pencuci Keseluruhan Tubuh

Alfalfa bukan untuk tambah susu badan bagi ibu menyusu semata-mata. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Alfalfa kaya dengan Vitamin A, B, C, D, E, G dan K. Ia juga mengandungi mineral yang kaya dan berkualiti seperti kalsium, magnesium, fosforus, klorin, natrium, kalium dan silikon.

Alfalfa mempunyai lebih protein dan karbohidrat berbanding dengan bijirin seperti gandum dan jagung. Protein yang terkandung dalam alfalfa mengandungi beberapa asid amino penting seperti arginina, lisin, theronine dan tryptophane, yang akan menambah mana-mana kekurangan di dalam diet seseorang. Alfalfa juga mengandungi saponin, sebatian yang mengurangkan kolesterol yang tidak baik dan lemak.

Alfalfa juga merupakan salah satu sumber diet yang kaya dengan serat dan klorofil. Terdapat juga kepekatan tinggi antioksidan yang sangat aktif yang akan menghalang kemusnahan DNA dan melambatkan proses penuaan.





http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2014/01/testimoni-alfalfa-complex.html




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Catat Ulasan

  1. teringin nak memiliki treadmill ... boleh jogging dlm rumah ...

    BalasPadam

 
Top