0
Pakar Pemakanan dari Friedman School of Nutrition Science anda Policy, Tufts University, Brierley Wright Horton, sarapan merupakan kebiasaan yang menyihatkan. Orang yang bersarapan secara teratur mampu menghasilkan tubuh yang lebih langsing. Sementara bagi orang yang sedang berdiet, penurunan berat badan akan lebih berjaya jika menjadikan sarapan sebagai rutin. Orang yang biasa bersarapan lebih banyak mendapat serat, kalsium, vitamin A dan C, riboflavin dan zat besi sekali gus mengurangkan lemak dan kolestrol.

Ada orang mengelakkan sarapan dengan alasan ingin menurunkan berat badan. Perkara ini sebenarnya tidak benar. Penelitian Journal of Obesity Research terhadap 300 orang orang yang mengalami obesiti, telah diminta untuk bersarapan secara rutin. Dalam beberapa bulan, 80 peratus daripada responden berhasil menurunkan berat badan secara signifikan.

Berikut merupakan antara makanan yang dianjurkan menerusi buku Healthy Food for Healthy People:-

  • Bijirin + Susu - Setiap 100 gram bijirin mengandungi lebih kurang 350 kilo kalori yang berguna untuk tubuh. Susu pula mengandungi gizi yang baik dan tinggi kalsium. Campuran bijirin dan susu mampu meningkatkan selera makan bagi anda yang sering berasa mual untuk memulakan sarapan pagi.
  • Telur - Tidak kira sama ada telur rebus, goreng atau separuh masak, ia sememangnya kaya dengan nutrien yang baik untuk tubuh. Ia termasuklah vitamin A dan B, zat besi, kalium, kalsium dan gizi lain yang diperlukan tubuh.
  • Roti gandum - Berbanding nasi dan mi, roti gandum merupakan sumber tenaga yang lebih baik. Selain kaya dengan zat yang tinggi, ia juga membantu menurunkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Roti gandum baik untuk diet kerana boleh meninggalkan rasa kenyang dengan lebih lama.
  • Jus buah - Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam buah mampu memberi manfaat yang cukup berguna pada tubuh. Buah yang tinggi serat juga mampu merawat sistem pencernaan agar ia berfungsi dengan baik. Bagi membiasakan perut anda menerima jus buah di pagi hari, anda disarankan minum jus buah ketika perut kosong atau 20 minit sebelum mengambil makanan lain. Campurkan bersama susu atau sedikit madu agar tubuh tetap segar.

Selepas sarapan, jangan lupa mengambil Vitalea, Vita-C dan Vitamin B Complex. Kenapa? Kerana Vitalea elok diambil bergandingan dengan Vita-C untuk penyerapan zat besi yang optimum. Vitamin B Complex pula dapat menukarkan makanan kepada tenaga.

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top