0
1. Seluar atau seluar dalam yang terlalu ketat, bahan material dan haba - pastikan seluar yang diperbuat daripada kapas dan tidak ketat.

2. Tab panas dan sauna - kurangkan rutin mandi di dalam tab panas atau kerap ke sauna kerana boleh menyebabkan penurunan kualiti sperma.

3. Elakkan tabiat pengambilan minuman beralkohol - minuman alkohol menjejaskan penghasilan sperma dengan meningkat estrogen yang dihasilkan oleh hati dan ini menurunkan jumlah sperma. Alkohol secara langsung boleh merosakkan sel yang menghasilkan sperma dan menjejaskan kesuburan.

4. Ubat-ubatan - terdapat ubat yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki termasuklah steroid dan cytotoxic yang digunakan dalam rawatan penyakit kanser.

5. Toksik persekitaran - radiasi adalah salah satu punca yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan kelahiran. Bahan lain yang boleh mempengaruhi sperma ialah minyak wangi yang didapati mengandungi phthalates dan beberapa jenis semburan serangga, raksa organik, polychlorinated, biphenyls dan estrogen di dalam air.

6. Tabiat merokok - perokok adalah golongan yang didapati antara punca yang menyebabkan lelaki kurang subur. Merokok mempengaruhi pergerakan sperma dan menghasilkan sperma yang tidak sihat.

7. Waktu atau masa - Kuantiti dan kualiti sperma lazimnya tinggi pada sebelah pagi.

8. Ejakulasi berlebihan dan menahan ejakulasi - kedua-dua situasi ini boleh mempengaruhi kualiti dan kuantiti. Hubungan seksual yang kerap atau berselang hari dapat meningkatkan jumlah sperma dan menghasilkan sperma yang sihat.

9. Pemakanan - makanan yang kaya dengan antioksidan menggalakkan sperma yang sihat.

10. Khasiat tambahan - pengambilan makanan tambahan digalakkan. Asid folik, selenium dan zinc sulfat adalah khasiat yang diketahui dapat meningkatkan jumlah sperma dan memantapkan kilang penghasilan sperma.

11. Penyakit kelamin - elakkan daripada hubungan seksual yang tidak selamat. Jangkitan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan kuantiti dan kualiti sperma terjejas.

Shaklee komited dengan kesihatan lelaki, justeru golongan ini dititikberatkan kesihatan mereka dengan set Lelaki. Ini kerana lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.



Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top